Benarkah Tugas Pengamal Media Ini Berat?
![]() |
Sebagai seorang pengamal media, kita perlu mempunyai ciri-ciri yang perlu diterapkan dalam diri seperti menyampaikan berita secara telus, jujur serta amanah dengan tugas.
By
On September 14, 2012 At 2:30 pm
Category : Agama
Tags : Agama, amanah dalam tugas, amanah sebagai wartawan, apa itu pengamal media, JAKIM, khalifah, maklumat, Media, menjadi wartawan islam, tuga seorang wartawan, tugas menyampaikan berita, tugas pengamal media, tugas seorang wartawan islam, wartawan perlu amanah, wartawan perlu jujur
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Benarkah Tugas Pengamal Media Ini Berat? | Apa itu pengamal media. Kita sering mendengar istilah namun mungkin kita kurang faham apakah tugas mereka. Tugas sebagai pengamal media ialah orang yang bekerja di dalam media eletronik, cetak dan teknologi maklumat. Tugas inimemang mulia dan murni. Mereka menjadi khalifah untuk untuk menyampaikan sesuatu mesej dan maklumat berfaedah. Hal ini kerana apa yang mereka sampaikan adalah untuk tujuan kebaikan demi kemaslahatan bersama.

Antara sebahagian kerja sebagai pengamal media
Ini disebutkan dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud;
“Sesungguhnya (Kami) telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya; dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada) sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakannya”.
Hari ini hampir setiap keluarga mampu mendapatkan perkhidmatan dari media untuk melengkapi rutin kehidupan mereka. Ini menunjukkan pengamal media mempunyai ilmu yang pelbagai yang boleh dikongsi melalui saluran yang terbabit.
Peranan mereka tidak ubah sebagai da’i orang yang mampu menarik penonton membaca hasil karya, menonton hasil filem, menggunakan kemudahan teknologi masa kini dan seterusnya menerima dan menggunakan mesej tersebut. Sekiranya ia sesuatu perkara yang baik dan sentiasa diamalkan, mereka juga mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah SWT namun sekiranya ianya bercanggah dengan syariat Islam maka ia turut serta mendapat saham dosa.
Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud; “ Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak menguranginya sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka”. – Hadis riwayat Muslim Abu Daud dan Tirmizi
Antara sifat manusia ialah mudah meniru dan mengikut apa yang dilihat, dibaca dan didengar. Ia merupakan proses yang menyumbang kepada pembentukan peribadi manusia. Oleh kerana itulah media masa mempunyai kuasa yang besar untuk membentuk diri manusia secara tidak langsung.
Dengan sebab itulah, peranan pengamal media dalam memberikan maklumat yang terkini hendaklah mengambil kira ajaran Islam yang sebenar, sehingga ia mampu membentuk hati, jiwa dan akhlak yang baik.
Maklumat yang hendak disampaikan melalui media mestilah benar dan tidak mengelirukan masyarakat, begitu juga dengan masyarakat, tidak boleh menerima bulat-bulat sesuatu perkara yang dilihat, dibaca dan didengar jika ia tidak pasti kesahihannya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan”.
Mesej yang hendak disampaikan juga hendaklah tidak berbau menghina, lucah, kotor dan keji sehingga memutarbelitkan keadaan ataupun tidak ada langsung mesej kebaikan yang boleh diambil oleh masyarakat. Ini juga dibimbangi lahir budaya masyarakat yang mempunyai akhlak yang buruk dengan timbulnya fitnah.
Kuasa yang ada pada masyarakat pula ialah memilih saluran yang betul dan tidak hanya menjurus kepada hiburan dan kelalaian semata-mata. Hiburan yang keterlaluan boleh mengakibatkan kelekaan dan kelalaian untuk melakukan sesuatu perkara lain yang lebih penting. Ia juga mampu menggoyang kekuatan iman dalam diri anggota masyarakat terutama mereka yang masih lemah pegangan dan praktik agama.
Dunia ini diibaratkan oleh Allah SWT sebagai tempat yang indah dan sekiranya orang yang mengindahkan dengan cara yang tidak betul mereka berada dalam keadaan kerugian.Firman Allah SWT di dalam surah al-An’am ayat 32 yang bermaksud;
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan dan sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?”
Diri manusia kepunyaan Allah SWT, sewajarnya mereka mengikut ajaran Islam dalam menjalani kehidupan dan menggunakan saluran komunikasi yang wujud disekeliling sebagai alat untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Kitalah yang layak mengatur kehidupan sehingga berjaya, menggunakan semaksima akal fikiran, tenaga dan harta benda yang ada di sekeliling untuk memudahkan kehidupan.
Melayukini.net - Sebagai seorang manusia, kita perlu sentiasa bercakap benar dan jujur terhadap perkara yang kita sampaikan. Janganlah kita menyampaikan berita yang palsu supaya orang lain percaya dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kita menerima dosa atas perbuatan yang dilakukan.
P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh
Sumber: JAKIM | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net






Komen Terbaru