Bagaimanakah Cara Menjadikan Mata Kelihatan Bersinar?

| September 20, 2012

Melayukini.net – Bagaimanakah Cara Menjadikan Mata Kelihatan Bersinar? | Mata yang bersinar dan memikat jiwa sememangnya  didambakan oleh kebanyakan wanita dan adakalanya lelaki. Namun untuk mendapatkan mata yang cantik menawan dan sentiasa mengekalkan kilauan pada mata memerlukan kos yang besar. Bagi sesiapa yang berkeinginan tapi kurang berkemampuan, bolehlah cuba petua tradisional yang lebih jimat tapi dikatakan mampu memberikan kesan yang hebat. Jom lihat apakah petua tersebut.

Caranya ialah ambil sekeping kapas bersih dan rendamkan ke dalam bancuhan air teh yang pekat dan sejuk.

Sandarkan sedikit kepala ke belakan atau kalau nak berbaring terus pun boleh juga, pejamkan mata dan tempekkan kapas tu pada mata.

Pastikan kapas yang dicelup atau direndam tu tidak terlalu basah sehingga airnya boleh meleleh ke dalam mata. Dan pastikan mata tu dipejam rapat agar air teh tak mengalir masuk. Takut-takut nanti tak pasal-pasal ‘merah’ dan bengkak lak mata tu.

Jangan lak lupa untuk tempek ler kat kedua-dua belah. Kalau buat sebelah jer, nanti sebelah mata jer lah yang bersinar. Cuba amalkan petua nie 2-3 kali setiap minggu. Jika rajin diamalkan insyaAllah, pasti akan melihat perubahannya.

Melayukini.net - Sebenarnya ini adalah cara tradisional yang semula jadi. Berbanding dengan cara yang lain, ada yang menggunakan contact lens sebagai daya tarikan. Namun jangan disalah gunakan, kerana ia juga boleh mendatangkan fitnah kepada si pemakai sekiranya seorang wanita. Betulkan niat sekiranya ingin kelihatan cantik.

P.S. I – 5 Tempat Paling Best di Malaysia
P.S. II – 8 Makanan Paling Menarik di UK
P.S. III – Perkahwinan Dengan Penguin di Langkawi. Biar betul???!

Sumber: Petua Tradisional | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Comments are closed.