Bagaimanakah Cara Menghilangkan Lebam Bawah Mata?
![]() |
Terdapat sebahagian daripada kita mengalami masalah lingkaran hitam di bawah mata. Masalah ini boleh diatasi Insha Allah dengan beberapa petua yang dikongsikan bersama anda.
By
On September 18, 2012 At 12:30 pm
Category : Kesihatan dan Riadah
Tags : Cantik, hati, hilangkan gelap bawah mata, hilangkan lingkaran gelap bawah mata, kesihatan dan riadah, lebam bawah mata, lingkaran bawah mata, Mata, menghilangkan lebam bawah mata, petua hilangkan hitam bawah mata, petua hilangkan lebam mata, petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata, petua tradisional, punca lebam bawah mata, tip hilangkan lebam mata
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Bagaimanakah Cara Menghilangkan Lebam Bawah Mata? | Pancaran mata sebenarnya adalah bahasa hati seseorang. Bak kata pepatah, “Dari mata turun ke hati”. Seorang yang banyak pengalaman, contohnya mak kita, boleh tahu samada kita bercakap benar atau tidak dengan hanya merenung pandangan dan kerdipan mata ketika kita berhadapan dengannya. Dikatakan juga orang yang cantik jelita ialah seseorang yang turut mempunyai pandangan mata yang bercahaya dan berseri-seri. Jadi memang penting sekali untuk kita menjaga kecantikan mata ini. Jadi kita kena tahu bagaimanakah cara untuk menghilangkan lebam bawah mata agar ia tampil berseri.

Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Pada Mata
Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis. Lepas tu lekapkan hirisan kentang tu pada sekeliling dan kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10-20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.
Cuba amalkan selalu kerana dikatakan kandungan enzim dalam kentang bukan sahaja dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam kat mata malah boleh mencerahkan kulit.
Petua Hilangkan Kesan Hitam Bawah Mata
Perah lemon dalam cawan. Kemudian sapukan perahan tu perlahan-lahan di kawasan sekitar bawah mata. Sebaik-baiknya amalkan dua kali setiap hari untuk mendapat hasil yang diharapkan.
ATAU
Sediakan satu cawan air panas dan sehelai kain yang lembut. Celup kain dalam air panas (pastikan jangan terlalu panas takut melecur pula nanti..huhu..) angkat dan letakkan pada mata. Biarkan selama 15 minit.
Lepas tu barulah disapu sedikit krim pelembam pada sekitar mata. Jika rajin amal, lingkaran hitam atau tanda seakan-akan lebam pada mata tu tidak akan kelihatan lagi.
Melayukini.net - Jika kita mempunyai masalah seperti terdapat kisan hitaman di bawah lingkaran mata, usahlah bimbang kerana ia tidak mendatangkan sebarang penyakit. Cuma petua ini didatangkan sebagai satu tips kesihatan untuk kelihatan cantik dan memperlihatkan mata kita segar setiap hari.
P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia
Sumber: Petua Tradisional | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net







Komen Terbaru