Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Merdeka 2012

mee

Seperti yang kita maklum, sambutan hari kemerdekaan kali yang ke 55 akan diadakan di kawasan Dataran Merdeka. Oleh itu bagi membuat persiapan, terdapat beberapa jalan akan ditutup di kawasan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Merdeka 2012 | 31 Ogos 2012 merupakan hari sambutan hari kemerdekaan yang diadakan di seluruh Malaysia. Sambutan utama diadakan di ibu negara iaitu di Dataran Merdeka. Oleh itu ini merupakan senarai jalan ditutup sempena hari merdeka yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2012 di Kuala Lumpur. sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar. Menurut Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin, penutupan jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula selepas acara selesai.

Senarai Jalan Ditutup

  • Jalan Travers/Jalan Damansara
  • Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
  • Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
  • Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
  • Jalan Tembusu/Jalan Lembah
  • Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
  • Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
  • Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
  • Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
  • Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
  • Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
  • Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
  • Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
  • Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
  • Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
  • Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
  • Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
  • Jalan T.A Rahman/Jalan Raja

Melayukini.net - Semoga senarai jalan yang dimaklumkan ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda panduan bagi mengelakkan kesesakkan jalanraya. Pihak kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55.

P.S. I – Pelik! Muzium Bawah Laut di Cancun.
P.S. II – 10 Kubur Terpelik Di Dunia. Seram!
P.S. III – Saintis Menjumpai Kehidupan di Planet Marikh?

Sumber: Informasi | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.