Petua Mengatasi Tumit Pecah Dan Merekah (Menarik!)

| August 28, 2012

Melayukini.net – Petua Mengatasi Tumit Pecah Dan Merekah (Menarik!) | Mungkin ada sebahagian daripada kita mengalami masalah tumit pecah yang berlarutan sehingga hari ini. Namun di sini ada penyelesaiannya bagimana untuk kita merawat masalah tumit pecah. Ia tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi hanya cukup mengamalkan petua orang-orang lama dan Insha Allah dengan izinNya, ia akan pulih sediakala. Jom lihat apakah petua tersebut.

Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Melayukini.net – Baik lelaki mahupun wanita, walaupun tumit kaki ini amat jarang dilihat oleh orang lain, namun sekurang-kurangnya kita perlu menjaga kebersihan dan kecantikan kaki kita. Sekurang-kurangnya kita akan dilihat sebagai seorang yang menjaga tentang etika kebersihan kecantikan diri.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber: Istimewa2u | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • PETUA TUMIT PECAH
  • petua tumit kaki merekah
  • petua tumit merekah
  • merawat tumit pecah
  • merawat tumit merekah
  • petua kaki merekah
  • tips merawat tumit pecah
  • tumit kaki merekah
  • tip ubati tumid pecah
  • rawatan kaki merekah

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Comments are closed.