Penjaga Keselamatan Kompleks One Utama Amat Cekap (Video)
![]() |
Beberapa orang pengawal mengesyaki terdapat sebuah kereta yang dilihat agak mencurigakan kerana sering bergerak mengelilingi kawasan parkir One Utama. Rupa-rupanya mereka sedang mencari mangsa untuk disamun.
By
On August 21, 2012 At 8:30 pm
Category : Tempatan
Tags : cubaan samun di one utama, cubaan samun di parkir, Informasi, kejadian di one utama, kejadian rompakan di damansara, kejadian rompakan di one utama, kejadian samun di one utama, Kereta, parkir kereta one utama, parkir kereta pusat membeli belah, pengawal, pengawal di damansara, pengawal one utama, pengawal one utama cekap, rompakan di one utama, Tempatan, Video
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Penjaga Keselamatan Kompleks One Utama Amat Cekap (Video) | Ketika orang ramai sibuk membeli belah di One Utama, satu kejadian telah berlaku di kawasan parkir kereta. Kes cubaan samun ini telah berjaya dipatahkan oleh pihak pengawal di sana. Malah mungkin ini adalah contoh penjaga keselamatan di One Utama yang amat cekap dan terlatih yang pernah anda lihat. Memang agak sukar untuk mengawal keadaan di pusat membeli belah paling terbesar yang terletak di Damansara. Untuk memberkas aktiviti penjenyah atau kecurian, kesemua pak guard ni sudah dilatih menggunakan anjing jenis pengesan yang paling berbahaya. Boleh tonton video di atas.

Baru-baru ini beberapa orang pengawal keselamatan pusat membeli-belah terkenal di ibu negara, One Utama, berjaya menangkap empat penjenayah di premis mereka.
Kesemua penjenayah itu pada mulanya dilihat berada dalam keadaan mencurigakan. Setelah dihampiri, kesemua mereka melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang dilaporkan dicuri di sebelah siangnya di kawasan Sungai Buloh.
Dalam usaha untuk memboloskan diri, penjenayah ini telah merempuh beberapa buah kereta yang lain di kawasan parkir kompleks membeli-belah tersebut. Namun tindakan pantas para pengawal ini berjaya memberkas kesemua penjenayah berkenaan.
Melayukini.net - Memang agak bahaya sebenarnya jika kita berjalan keseorangan ketika berada di kawasan parkir pusat membeli belah. Selain tempat yang boleh dikatakan agak sedikit sunyi, ia menjadi tempat kegemaran perompak untuk menyamun mangsa terutamanya bagi kaum wanita. Justeru itu, sila pastikan kita berjalan tidak keseorangan baik lelaki mahupun wanita.
P.S. I – 5 Tempat Paling Best di Malaysia
P.S. II – 8 Makanan Paling Menarik di UK
P.S. III – Perkahwinan Dengan Penguin di Langkawi. Biar betul???!
Sumber: Informasi | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini







Komen Terbaru