Pelik! Lelaki Taksub Dengan Belon

mee

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Dave Collins merupakan salah seorang yang amat meminati belon. Minat yang dialaminya itu dianggap sebagai terlalu taksub sehingga rumahnya dipenuhi belon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Pelik! Lelaki Taksub Dengan Belon | Kebiasaannya belon sering dikaitkan dengan permainan kanak-kanak. Mana tidaknya jika ternampak ada belon dijual, sudah pasti kanak-kanak tersebut akan meminta bapa untuk membelinya. Namun belon bukan sahaja untuk kanak-kanak, ia juga ada peminat dari kalangan dewasa. Ia mengenai rancangan siri Taboo oleh National Geographic memaparkan minat pelik dan taksub yang dikongsi orang ramai tetapi tidak sama seperti ketaksuban Dave Collins terhadap belon.

Lelaki ini merupakan seorang guru piano yang berusia 27 tahun dan berasal dari Little Rock, Arkansas. Katanya dia mengumpul pelbagai jenis belon dengan hanya mengutip dari pusat kedai menjual kereta.

“Sukar memandu dengan belon yang begitu banyak dan anda hanya mahu mengambilnya,” kata Collins.

Hobinya pada waktu lapang pula adalah bersama belon. Antara yang dilakukan adalah menyembunyikan belon di bawah baju, mencium  dan tidur bersama belonnya pada waktu malam.

Collins sering dirujuk oleh mereka yang mahir mengenai tabiat ini sebagai ‘looner’ atau orang yang memuja belon.

Ramai yang menganggap tindakannya sebagai berunsur seksual, Collins bagaimanapun menegaskan bahawa dia tidak  menjalinkan hubungan yang pelik bersama belon tersebut.

Sudah pasti sukar untuk bayangkan sama ada keseluruhan pengakuannya adalah benar apabila dia bersungguh-sungguh bercakap mengenainya.

“Cara terbaik untuk melindunginya ialah dengan meletakkannya di dalam baju dan anda akan merasakan belon itu bersama-sama anda.

“Ia dirasakan begitu rapat dan anda berasa begitu hangat. Hati anda dapat merasakan keindahan belon itu.

“Saya percaya belon-belon ini adalah anak-anak saya. Mereka adalah sebahagian daripada saya dan mereka menjadi sebahagian daripada apa yang dikatakan keluarga saya,” katanya.

Menurut National Geographic, Collins mempunyai 65,000 belon hasil daripada koleksi dirinya.

“Kali pertama saya mengumpul koleksi belon, saya begitu bimbang untuk bercakap kepada pengurus kerana tidak tahu sama ada mereka akan membenarkannya atau tidak.

“Saya agak beremosi apabila mengumpul belon berkenaan,” katanya.

Sebahagian daripada ritualnya ialah tidur di samping belon berkenaan.

Dia berkata: “Saya suka tidur dengan memasukkan mereka ke dalam baju saya.”
Saya mencipta dunia tidur seumpama itu kerana mahu merasakan sayang yang dihasilkan daripada belon itu.”

Ketaksubannya itu menyebabkan dia benci melihat atau mendengar ‘rakan-rakannya’ itu dipecahkan atau dibiarkan terbang.

“Saya merasakan belon mempunyai perasaan. Ia terdedah kepada banyak bahaya. Saya tidak suka mendengarnya sedih. Saya marah jika ia pecah. Belon perlukan tempat yang sesuai,” katanya.”

Ini adalah tanda yang menurut pakar membuktikan dia bukan berpura-pura.

Menurut penulis mengenai ketaksuban mengaitkan ramai pemuja belon dengan pengalaman seksual peringkat awal dengan belon.

Ini bermakna sebahagiannya, mereka yang berpura-pura, sukakan bunyi belon meletup sementara yang lain, yang mempunyai fobia terhadap bunyi atau yang terlalu menyayangi mereka seperti Collins, tidak sanggup melihat belon itu ‘menderita.’

Melayukini.net - Memang tidak dinafikan, terdapat orang yang fobia dengan belon. Bukan fobia sebab belon, akan tetapi takut jika belon tersebut tiba-tiba meletup dengan sendirinya jika ia jatuh ke lantai. Belon juga didatangkan dengan pelbagai bentuk dan variasi yang tersendiri.

P.S. I – 5 Makanan Paling Popular di Malaysia
P.S. II – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III – Menakjubkan! Tasik Ais Berbatu di Planet Marikh

Sumber: Giler Kentang | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.