Mutiara Untuk Orang Yang Paling Bahagia
![]() |
Adakah diri kita sudah mencapai erti bahagia. Bahagia tidak semestinya dizahirkan melalui perbuatan, akan tetapi bahagia itu bermula daripada hati. Jika hati tidak tenang, bagaimana kita mahu meneruskan kehidupan.
By
On August 13, 2012 At 2:30 pm
Category : Agama
Tags : Agama, Bahagia, Dunia, hikmah, hikmah hidup bahagia, hikmah pembangkit semangat, hikmah pengubat jiwa, karya Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni, karya pembangkit semangat, karya pengubat jiwa, kata-kata hikmah, petikan karya hikmah, petikan kata hikmah, petikan mutiara kata, ustaz tuan asmawi
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Mutiara Untuk Orang Yang Paling Bahagia | Siapa tidak mahu untuk menjadi orang yang bahagia. Menjadi bahagia sudah semestinya perlu hati yang tenang. Di bawah ini terdapat petikan kata hikmah pengubat jiwa dan pembangkit semangat ini merupakan saduran daripada buku hasil karya Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni yang berpandukan al Quran dan al Sunnah Rasulullah SAW. Semoga dengan keazaman, usaha dan doa kita, Allah SWT akan melimpahkan kebahagian kepada kita di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Jom baca di bawah ini.

1. Perbuatan baik dapat mencegah seseorang daripada terperosok ke dalam keburukan. Akal boleh membentengi diri daripada terjebak dalam perbuatan menurut hawa nafsu. Pengalaman nyata lebih bermanafaat daripada seribu penasihat.
2. Jika anda melihat ribuan manusia menghabiskan umurnya untuk perkara yang tidak berguna dan bersenang-senang, maka bersyukurlah kepada Allah di atas segala kebaikan yang ada pada diri anda. Sesungguhnya dengan melihat orang menderita, maka di hati orang yang sihat akan timbul rasa bersyukur.
3. Jika anda melihat orang yang kafir, maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda berada dalam Islam. jika anda melihat orang suka melakukan dosa, maka bersyukurlah kepa Allah kerana anda berada dalam taqwa. Jika anda melihat orang yang bodih, maka bersyukurlah kepada Allah kerada kamu masih memiliki ilmu. Sekiranya kamu melihat orang yang mendapat bencana , maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda terhindar daripadanya.
Melayukini.net - Untuk menjadi manusia yang baik, kita hendaklah perlu sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Selain itu perbanyakkanlah diri kita dengan sentiasa bermuhasabah diri. Dengan cara itu, kita dapat mengenalpasti apakah punca-punca utama jika kita sering berbuat dosa kepada Allah SWT. Jika hati tidak tenang, bagaimana untuk mencapai bahagia.
P.S. I – 5 Makanan Paling Popular di Malaysia
P.S. II – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III – Menakjubkan! Tasik Ais Berbatu di Planet Marikh
Sumber: Ustaz Tuan Asmawi | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net








Komen Terbaru