Misteri Toyol Curi Duit Penduduk Bagan Ajam Seberang Perai
![]() |
Suatu ketika dahulu penduduk di Bagan Ajam Seberang Perai diselubungi kebimbangan kerana menghadapi masalah kecurian yang disyaki didalangi oleh toyol.
By Shah
On August 29, 2012 At 8:30 pm
Category : Fakta dan Informasi
Tags : Fakta dan Informasi, gambar toyol mencuri, kedah2u, kisah seram toyol, kisah toyol mencuri wang, Misteri, misteri toyol curi duit, misteri toyol di seberang perai, Pelik, penduduk bagan ajam, Toyol, toyol mencuri duit, toyol suka curi duit, toyol suka mencuri, toyol yang suka mencuri
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- Misteri! Benarkah Jambatan Ini Tempat Anjing Bunuh Diri? (Video)May 6, 2013
- Pelik! Wanita Ini Berasa Seksi Mempunyai JanggutMay 2, 2013
- Pelik! Penemuan Makhluk Aneh Bawah Jambatan (6 Foto)April 29, 2013
- Fakta! Mengenai Pilihan Raya Umum Di Malaysia (Menarik!)April 24, 2013
- Misteri Bungkusan Putih Berdarah Dalam SemakMarch 19, 2013
Melayukini.net – Misteri Toyol Curi Duit Penduduk Bagan Ajam Seberang Perai | Tidak pasti sama ada cerita ini sudah lama berlaku ataupun tidak. Namun kisah ini dicatatkan pada 2011 yang lalu tentang kisah misteri toyol di kawasan Bagan Ajam, Seberang Perai. Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang. Mereka mendakwa, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian pelik dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang disedari hilang.

Sekadar Gambar Hiasan
Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.
Seorang penduduk, En.Abd.Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.
“Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300″
“Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal” katanya.
Peniaga kedai makan, Pn.Norzuliatun Nordin, 35, mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.
“Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar”
“Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50″ katanya.
Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.
Kehilangan Wang Berlaku Sehingga Lima Kali
Bagi En.Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.
“Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.
“Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri,” katanya.
Penduduk Mengeluh Kerana Ikhtiar Gagal
Dalam pada itu, hasil temuramah kami ke atas penduduk tiga kampung berkenaan, kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.
Pn.Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang wang simpanan mereka daripada dicuri toyol.
“Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku dan diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang”
“Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika diletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang,” katanya.
Melayukini.net - Tiada cara lain lagi selain kita memasang pendinding di rumah. Sebagai pemilik rumah, kita perlu perbanyakkan membaca al-Quran dan perbanyakkan juga ibadah di dalam rumah. Insha Allah, para malaikat akan melindungi rumah kita dari pelbagai bahaya dan dari dimasuki syaitan.
P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh
Sumber: Kedah2u | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net
Penaja Utama
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Apabila Ayah Dan Anak Memiliki Bilik Game Bawah Tanah
- Ngeri! Letupan Kilang Mercun Paling Dahsyat Dalam Sejarah Malaysia
- Pelik! Pokok Jagung Ini Berbuah Pisang
- Insaf! Kisah Pak Cik Yang Dihina Kerana Busuk
- Gempar! Lelaki Buta Marah Air Asia Di Lapangan Terbang
- Pelik! Lukisan Ini Dikatakan Bernilai USD$44 Juta (4 Foto)
- Pelik! Mengapa Semua Bangku Di Sini Berpaku
- Ngeri! Kemalangan Maut Putus Kepala Di MRR2 (7 Foto)
- Mengancam! Bas Unik Menggunakan Kaki (Menarik!)
- Gempar! Penumpang Air Asia Dihalang Menaiki Pesawat (Panas!)
- Subhanallah! Batu Gergasi Paling Seimbang Di Dunia (5 Foto)
- Subhanallah! Batu Berbentuk Ombak Laut Di Australia (4 Foto)
- Senarai Menteri Kabinet 2013 Pilihan Dato’ Seri Najib?
- Gempar! Tsunami Ombak Ais Yang Mengerikan (8 Foto)
- Siapakah Yang Mengasaskan Kedai Sukan Al-Ikhsan? (Menarik!)
- Cara Hilangkan Gula Getah Yang Melekat Di Seluar (Menarik!)
- Unik! Adakah Ini Jalan Paling Curam Di Dunia? (8 Foto)
- Biar Betul! Tayar Basikal Ini Boleh Dilipat (6 Foto)
- Gempar! Bangkai Raksasa Laut Terdampar Di New Zealand (5 Foto)
- Pelik! Mengapa Kanak-Kanak Ini Bertopeng? (8 Foto)
- Mengancam! Bina Pondok Atas Menara Batu (6 Foto)
- Gempar! Pembaca Berita Kena Pecat Serta Merta
- 7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel (Menarik!)
- Biar Betul! 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu
- Gempar! Rakaman Pokok Menjerit Bila Ia Dahaga
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.






Komen Terbaru