Fakta Mengenai Rabun Dekat
![]() |
Masalah rabun merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh semua golongan. Di sini terdapat fakta mengenai punca masalah rabun dekat yang sering dialami oleh golongan sudah berusia.
By
On August 16, 2012 At 12:30 pm
Category : Kesihatan dan Riadah
Tags : fakta mengenai rabund ekat, fakta punca rabun dekat, fakta rabun dekat, kesihatan dan riadah, masalah rabun dekat, masalah rabun jauh, Mata, Penyakit, PSIPUM, punca masalah rabun dekat, punca rabun dekat, punca rabun jauh, rabun, sebab rabub dekat, tanda-tanda rabun dekat
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Fakta Mengenai Rabun Dekat | Masalah rabun mata antara masalah yang dihidapi oleh semua golongan. Jika dahulu ramai yang beranggapan bahawa hanya orang yang sudah berumur sahaja mengalami masalah rabun, namun golongan kanak-kanak juga turut mengalami perkara yang sama. Rabun dekat merupakan antara sebab penglihatan yang kabur. Objek yang jauh akan kelihatan tidak jelas bagi orang rabun jauh. Kebiasaanya rabun dekat merupakan variasi yang normal dan bukan penyakit. Jarang rabun dekat disebabkan oleh penyakit.

Antara sebab rabun dekat adalah perubahan natural bentuk mata dan jarang disebabkan oleh perubahan dalam kornea atau lensa mata. Masalah-masalah ini menyebabkan cahaya masuk ke mata dan difokuskan di hadapan retina. Sepatutnya cahaya fokus tepat di retina.
Rabun dekat di beri diagnosis melalui soalan-soalan mengenai rabun dekat, pemeriksaan mata. Oftalmoskopi dan funduskopi boleh dilakukan dalam pemeriksaan mata.
Cermin mata atau kanta lekap mata boleh membantu membetulkan penglihatan. Kaedah surgeri juga boleh dilakukan untuk membaiki bentuk kornea atau meletakkan kanta lensa artificial di dalam mata untuk mengurangkan rabun dekat atau membetulkan rabun dekat.
Tetapi sekiranya anda masih muda belia, selalunya anda mengalami masalah penglihatan rabun jauh dan bukannya rabun dekat. Biasanya rabun dekat dialami oleh golongan yang sudah pun berusia dan biasanya dalam lingkungan 40-an ke atas.
Artikel ini ditulis oleh Talhah Kader. Merupakan pelajar tahun tiga perubatan di Universiti Malaya.
Melayukini.net - Oleh kerana itulah kita perlu sentiasa menjaga penglihatan mata kita. Elakkan dari menghadap komputer terlalu lama dan membaca buku atau surat khabar dalam suasana yang tidak terang. Perkara-perkara ini jika tidak dikawal bakal terdedah kepada masalah rabun kelak.
P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh
Sumber: PSIPUM | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net






Komen Terbaru