Fadhilat Menjamu Orang Berbuka
![]() |
Tahukah kita bahawa amalan menjamu orang berbuka puasa ini besar pahalanya di sisi Allah SWT. Di Malaysia sendiri juga turut meneruskan amalan ini sama ada di masjid mahupun di surau.
By
On August 7, 2012 At 2:30 pm
Category : Agama
Tags : Agama, Anak Yatim, bersedekah makanan berbuka, bersedekah makanan dalam ramadhan, fadhilat menjamu orang berbuka, juadah, memberi makan berbuka puasa, memberi makan orang berbuka, memberi makan orang berpuasa, menjamu berbuka puasa, menjamu orang berbuka, menjamu orang berbuka puasa, myibrah, suasana berbuka puasa, Surau
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Fadhilat Menjamu Orang Berbuka | Pernahkah kita mempunyai impian berbuka puasa di Masjidil Haram? Suasana berbuka puasa di sana amat meriah lebih-lebih lagi juadah berbuka telah disediakan . Perkara itu tidak pelik malah terdapat pelbagai golongan atasan suka menjamu orang berbuka puasa. Di Malaysia juga turut mempunyai suasana yang sama. Aktiviti menjamu orang berbuka giat diadakan di surau, masjid, rumah anak yatim dan sebagainya.

Daripada Anas telah berkata: talah ditanya Wahai Rasulullah! apakah sedekah yang lebih afdhal? sabda S.A.W yang bermaksud : Sedekah pada bulan Ramadhan – Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn jauzi dan Al-Baghawi.
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: talah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu. – Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaiāe, Ibn Majah, Ibn Habban, Ahmad dan Al-Baihaqi
Pengajaran hadis
- Memberitahu kita mengenai kelebihan bersedekah pada bulan Ramadhan.
- Bagi mereka yang membuat jamuan berbuka maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa menjejaskan pahala orang yang berpuasa itu(tetamu).
- Digalakkan agar kita membuat jamuan kepada orang yang berpuasa.
- Hadis juga menekankan berkenaan kelebihan bagi mereka yang menyiapkan segala kelengkapan bagi mereka yang keluar berperang iaitu dia akan mendapat pahala sebagaimana mereka yang keluar berperang.
- Dalam mengadakan jamuan, kita dilarang membazir malah kita hendaklah melakukannya mengikut kemampuan yang ada.
Melayukini.net - Jika kita dari golongan yang kaya atau berkemampuan, adalah digalakkan untuk bersedekah dalam bulan ramadhan ini. Menjamu anak yatim berbuka puasa juga antara perkara yang paling banyak mendapat pahala. Perkara ini sering dilihat dan di Malaysia sendiri suasana sebegini sudah banyak diamalkan.
P.S. I – Pelik! Muzium Bawah Laut di Cancun.
P.S. II – 10 Kubur Terpelik Di Dunia. Seram!
P.S. III – Saintis Menjumpai Kehidupan di Planet Marikh?
Sumber: My Ibrah | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net







Komen Terbaru