Benarkah Manusia Mempunyai Musuh Ketika Di Dunia?

mee

Apabila lahirnya anak adam ke dunia ini, maka secara tidak langsung seseorang itu akan mempunyai musuh. Musuh yang dimaksudkan di sini adalah musuh dengan syaitan dan hawa nafsu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Benarkah Manusia Mempunyai Musuh Ketika Di Dunia? | Sudah menjadi fitrah manusia, apabila lahirnya anak adam, maka kita semua akan mempunyai musuh. Musuh yang dimaksudkan di sini adalah bermusuh iaitu berperang dengan nafsu dan syaitan. Sememangnya dari asal lagi manusia telah membuat perakuan di hadapan Allah bahawa  Dia adalah Tuhan yang sebenar dan tidak ada tuhan lagi selain daripada Nya. Sekali pandang apabila manusia sudah membuat pengakuan sebegitu maka sudah pasti dia akan mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Akan tetapi, jika kita perhatikan realiti yang berlaku di dinia ini ialah  kebanyakan manusia tidak berjaya melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.

Kegagalan manusia mematuhi perintah Allah samada dalam bentuk suruhan atau larangan ini adalah disebabkan oleh manusia itu sentiasa berdepan dengan musuh yang sentiasa berusaha menghalangnya daripada mengikut jalan Allah yang lurus. Antara musuh manusia yang telah dinyatakan oleh Al-Quran dengan jelas ialah iblis atau syaitan (Muhammad Jamaluddin, 1996). Firman Allah mengisahkan episod permusuhan ini di dalam Al-Quran setelah Dia mengesahkan bagaimana iblis diusir daripada syurga diakibatkan keangkuhannya daripada sujud hormat kepada Nabi Adam:

“Iblis berkata, “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalanMu yang lurus”. “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.
(Surah Al-A’raf: 16-17)

Oleh kerana pengisytiharaan perang oleh iblis terhadap keturunan Adam, maka Allah telah memberitahu bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata dan memerintahkan manusia menjadikan iblis/syaitan sebagai musuh. Firman Allah:

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka anggaplah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanya mengajak golongannya supaya menjadi daripada penduduk neraka yang menyala-nyala”. (Surah Al-Fatir: 6)

Di dalam surah Yassin pula Allah telah memberitahu manusia bahawa Dia telah membuat perjanjian dengan manusia supaya tidak mengabdikan diri kepada syaitan dan menyatakan bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Firman Allah:

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata terhadap kamu!” (Surah Yassin: 60)

Syaitan kerap kali mempergunakan nafsu syahwat yang ada dalam diri manusia untuk menyesatkan mereka dari jalan Allah yang lurus. Sememangnya dalam jiwa manusia diciptakan nafsu keinginan kepada wanita, kekayaan, anak-anak dan binatang ternakan serta kemasyhuran yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan di dunia. Manusia mempunyai kecenderungan hati kepada perkara yang berlainan antara satu sama lain.

Kecenderungan inilah yang dipergunakan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia dan menghalang mereka daripada melaksanakan perintah Allah dan berjalan di atas jalanNya yang lurus. Oleh itu syaitan dapat memperdaya semua jenis manusia samada manusia berilmu, kaya atau miskin kecuali orang-orang yang mengikhlaskan hati kepada Allah Taala dalam melakukan semua aktiviti (Al-Jauzi, t.th). Firman Allah mengisahkan ikrar syaitan:

“Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di kalangan mereka”. (surah al-Hijr: 40)

Pada hakikatnya syaitan tidak dapat menguasai manusia secara total. Akan tetapi corak kerjanya ialah mempengaruhi dan memperhiaskan amalan-amalan buruk sebagai amalan baik bagi manusia. Kadang-kadang ia berjaya menipu manusia dan kadang-kadang tidak berjaya apabila manusia kembali kepada Allah. Manusia yang memilih untuk mengikut syaitan adalah dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka kerana ia adalah pilihan mereka sendiri. Firman Allah :

“Setelah selesai perhitungan amal, syaitan berkata, “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu tetapi aku mungkiri janjiku itu kepada kamu. Aku tidak mempunyai sebarang kuasa mempengaruhi kamu melainkan aku telah mengajak kamu lalu kamu mematuhi ajakanku itu. Maka janganlah kamu mencerca aku tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menolong kamu dan kamu tidak dapat menolong aku. Sesungguhnya sejak dahulu lagi aku sememangnya tidak membenarkan perbuatan kamu mempersekutukan aku dengan Allah”.

Sesungghnya orang yang zalim ( yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang pedih”. (surah Ibrahim-22)
 (Al-Maidani,2000).

Selain daripada iblis dan syaitan manusia juga berdepan dengan tentera-tentera iblis yang lain samada dari kalangan orang kafir atau dari kalangan sesama Islam. Orang kafir terutama dari kalangan orang kafir yahudi dan nasrani sentiasa berusaha untuk menjadikan manusia muslim mengikut jejak langkah mereka kufur kepada Allah (Jalal Alim, 1979). Berbagai bentuk tipu daya dan usaha yang dijalan oleh mereka dalam melaksanakan cita-cita jahat itu. Firman Allah:

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Sesungguhnya jika engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenara), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau. (surah Al-Baqarah: 120)

Tentera-tentera sekutu iblis dan syaitan ini kadang-kadang terdiri daripada manusia dan jin. Firman Allah:

“Katakanlah (wahai Muhammad):”Aku berlindung kepada (Allah) Peliharalah sekalian manusia”. “Yang menguasai sekalian manusia”. “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia”. “Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi”. “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia”. “(Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia”. (surah Al-Nas, 1-6)

Kecenderungan hawa nafsu yang ada di dalam diri manusia itu sendiri menjadi musuh dan penghalang bagi manusia mematuhi perintah Allah. Ini kerana hawa nafsu itu amat kerap mengajak kepada kejahatan dan menghalang manusia daripada melaksanakan perintah dan suruhan Allah. Nafsu manusia sentiasa suka kepada keseronokan, kerehatan dan kesenangan.

Melayukini.net - Bukan mudah untuk kita melawan hawa nafsu dan syaitan ini. Oleh kerana itulah kita perlu sentiasa istiqamah dalam membuat perkara kebaikan dan sentiasa mengikut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Kita juga perlu sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT kerana iman manusia ini boleh bertambah, dan boleh berkurang.

P.S. I – 5 Air Terjun Paling Popular Di Dunia
P.S. II – 5 Penjara Paling Kejam di Dunia. Menakutkan!
P.S. III – Planet Marikh Mempunyai Tasik Ais Batu?

Sumber: Ustaz Tuan Asmawi | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.