Anak Mati Ditembak Kerana Disangka Monyet

mee

Seorang bapa yang geram terhadap sekumpulan monyet bertindak melepaskan tembakan. Namun tembakan itu sebenarnya dihalakan kepada seorang anaknya berada di atas pokok yang disangkakan monyet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Anak Mati Ditembak Kerana Disangka Monyet | Tersilap sasaran. Itu yang mamp dikatakan terhadap seorang petani di selatan Nepal, apabila menembak mati anak lelakinya berusia 12 tahun kerana disangka seekor monyet mahu mencuri tanamannya. Anaknya yang dikenali sebagai Chitra Bahadur Pulami memanjat pokok untuk menghalau monyet yang sering mengganggu keluarga mereka tetapi bapanya, Gupta Bahadur, 55 ternampak budak lelaki itu lalu melepaskan tembakan kerana menyangka anaknya itu adalah haiwan berkenaan.

Deputi Superintenden daerah Arghakhanci, Arun Poudel berkata, “Anak lelakinya itu menyorok di atas pokok di kebun mereka untuk menghalau monyet yang sering ke situ untuk mencari makanan di ladang jagung.” Katanya, kanak-kanak lelaki itu mati serta-merta selepas Gupta melepaskan tembakan. Siasatan awal kami mendapati, bapanya tidak sedar anak lelakinya itu pergi ke ladang jagung untuk menghalau monyet,” katanya.

Arun berkata, Gupta kini dalam tahanan polis dan senjata yang digunakan ketika menembak anak lelakinya itu, turut dirampas.

Tiga spesies monyet, berasal dari Nepal iaitu Rhesus dan Assam dan lotong biasa dianggap suci dan petani biasanya akan cuba menakutkan haiwan itu tanpa mencederakannya dari ladang mereka.

“Saya hanya sedar mengenai kesilapan saya apabila anak lelaki saya jatuh dan tersangkut di dahan pokok,” kata petani itu.

Melayukini.net - Kita tidak boleh menyalahkan bapanya kerana memang jelas beliau tidak perasan bahawa objek yang dilihat seperti haiwan itu adalah anaknya sendiri. Namun mungkin bapanya dikenakan tindakan oleh pihak kerajaan walaupun tidak sengaja untuk menembak anaknya.

P.S. I – Pelik! Muzium Bawah Laut di Cancun.
P.S. II – 10 Kubur Terpelik Di Dunia. Seram!
P.S. III – Saintis Menjumpai Kehidupan di Planet Marikh?

Sumber: Sinar Harian | Layari Berita Luar Negara Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.