Subhanallah! Kucing Ditembak 30 Kali Masih Hidup

mee

Seekor kucing yang diberi nama Hope telah balik ke rumah tuannya dalam keadaan berdarah. Tuannya berasa pelik dan terus membawanya ke klinik haiwan. Doktor memaklumkan bahawa Hope telah ditembak sebanyak 30 kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Subhanallah! Kucing Ditembak 30 Kali Masih Hidup  | Masih ingat lagi tentang artikel lalu seekor anjing yang ditembak 40 kali di kepala tetapi tidak mati (LINK), kali ini adalah mengenai kucing pula. Seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali. Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing.

Bagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya.

Pakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi berputus asa mengeluarkan yang lain kerana bimbang akan mendatangkan komplikasi.

Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Haiwan (RSPCA) membuka siasatan ke atas kes itu.

Inspektor (RSPCA), Amy Collingsworth berkata, “Hope sangat mesra dan kucing yang menawan itu agak sukar memahami mengapa seseorang mahu menembak haiwan yang tidak bersalah,”.

“RSPCA menyiasat kejadian ini dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tembakan ini menghubungi kami,” katanya.

RSPCA melaporkan 567 kes penderaan haiwan membabitkan senjata tahun lalu saja. Hope sudah pulih dan dijangka dikembalikan kepada tuannya tidak lama lagi.

Melayukini.net - Siapalah punya angkara ini sehingga sanggup melepaskan tembakan kepada seekor kucing. Dunia ini semakin kejam apabila ada manusia yang tidak berhati perut dan tidak ada nilai kasih sayang terhadap haiwan. Melakukan apa sahaja termasuk membunuh tanpa memikirkan kesan yang terjadi selepas itu.

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Tak Mungkin Benar | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.