Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan (Penting!)
![]() |
Antara persediaan menghadapi bulan ramadhan adalah, seseorang itu perlu memastikan dirinya sudah menggantikan puasa sekiranya ada tertinggal ketika menunaikan ibadah puasa ramadhan yang lalu.
By
On July 18, 2012 At 2:30 pm
Category : Agama
Tags : Agama, bayar fidyah puasa, Bulan, cara bayar fidyah, cara ganti puasa, cara qadha puasa, darul numan, hadtih ganti puasa, hukum qadha puasa, perlu gantu puasa, Puasa, puasa itu wajib, sebab ganti puasa, wajib, wajib ganti puasa
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan (Penting!) | Sekiranya kita sengaja atau tidak sengaja meninggalkan puasa, baik lelaki ataupun peempuan, maka kita diwajibkan untuk mengqadha’ jumlah bilangan puasa yang kita tinggal. Walaubagaimanapun qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya,ban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah katanya” Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya”.

Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajib mengqadha puasa. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini, tidak kami perolehi.
Al Hasan dan Ulama Hanafiyah tidak mewajibkan fidyah jika ditangguh kerana uzur atau tidak. Imam Malik, Syafei, Ahmad dan Ishak sependapat dengan ulama Hanafiah. Jadi jelaslah cukup sekedar mengqada puasa yang tinggal dan tidak perlu menggandakannya.
Melayukini.net - Perkara ini perlu juga disegerakan kerana seseorang itu wajib menggantikan puasanya sebelum masuk bulan ramadhan pada tahun tersebut. Sebagai umat Islam juga, kita perlu tahu bahawa berpuasa di bulan ramadhan itu termasuk dalam rukun Islam dan ia wajib dilaksanakan bagi yang mampu.
P.S. I – 5 Makanan Paling Popular di Malaysia
P.S. II – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III – Menakjubkan! Tasik Ais Berbatu di Planet Marikh
Sumber: Darul Numan | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net







Komen Terbaru