Pelik! Kejadian Ayam Beranak Bukan Bertelur

| July 15, 2012
 

Melayukini.net – Pelik! Kejadian Ayam Beranak Bukan Bertelur | Tajuk artikel ini seperti suatu mustahil kan untuk ia berlaku kerana ayam merupakan haiwan yang bertelur. Tetapi satu kejadian pelik yang telah berlaku di Sri Lanka. Seekor ayam betina dikatakan beranak dan tidak seperti kebiasaannya bertelur dan mengeram sebelum telurnya menetas. Pemilik ayam yang tinggal di kawasan pegunungan Sri Lanka, Ranjith Ekanayake mengatakan bahawa dari 6 ekor ayamnya, seekor daripadanya tidak mengeram telur.


Ekanayake kemudian terkejut setelah mendapati ayam betina yang tidak bertelur itu mengeluarkan anak ayam tanpa telur. Anak ayam itu membesar sihat namun induknya mati.

Jabatan penternakan Sri Lanka mengatakan ia adalah kes pertama seumpamanya dan tidak pernah mendengar kejadian seperti itu sebelumnya. Media-media tempatan mengeluarkan gambar pegawai perternakan itu yang sedang membuat pememeriksaan kotoran induk ayam.

Melalui pemeriksaan itu, dipercayai telur ayam berkembang dalam sistem reproduksi ayam betina itu.

Di dalam sistem reproduksi induk ayam, telur tersebut mengalami inkubasi selama 21 hari dan menetas sebelum keluar dari induknya.Namun ayam betina itu mati kerana pendarahan dalaman.

Surat khabar Daily Mirror, Sri Lanka, dalam muka hadapan menulis, “Ayam yang keluar lebih dahulu, bukan telur.”

Melayukini.net – Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui apakah hikmah di sebalik kejadian ini. Ayam sememangnya haiwan yang dicipta untuk bertelur, tetapi jika Allah berkehendakkan sesuatu maka tidak mustahil ia akan terjadi.

P.S. I – 5 Makanan Paling Popular di Malaysia
P.S. II – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III – Menakjubkan! Tasik Ais Berbatu di Planet Marikh

Sumber: Billy Info | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • kejadian pelik di dunia 2012
  • pelik burung beranak
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.