Misteri Permainan Roh Duit Syiling

| July 3, 2012

Melayukini.net – Misteri Permainan Roh Duit Syiling | Pelajar sekolah terutamanya mungkin pernah mendengar dengan satu permainan roh duit syiling atau dikenali sebagai Spirit Of The Coin. Permainan ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan sendirian mahupun bersama kawan. Kalau bercakap tentang golongan yang sama pada 10 atau 20 tahun lalu, untuk mendapatkan keseronokan yang lebih, hanya boleh dicapai dengan sedikit kreativiti dan keberanian. Kita tidak pasti sama ada generasi sekarang masih melakukan perkara ini, tetapi percaya cerita tentangnya sudah disampaikan dari mulut ke mulut.

“Ia adalah suatu yang biasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah, penghuni asrama dan juga kawan-kawan sepermainan di kawasan perumahan.

“Tanpa diketahui ibu bapa, aktiviti ini dianggap suatu cara untuk menguji keberanian,” kata seorang setiausaha syarikat korporat, Yazmin, yang mengaku pernah mencubanya sewaktu menuntut di kolej dahulu.

Menurut Yazmin yang kerap menyertai permainan itu bersama teman-teman berbilang bangsa, keperluan permainan yang menyeru roh duit syiling itu sangat mudah. Sebab itulah ia cepat menjadi ikutan ramai.

Malangnya, ramai yang tidak menyedari akan risiko emosi, soal hukum agama dan akibat buruk lain daripadanya.

Ia melibatkan sekeping kertas atau kad manila yang ditulis secara jelas abjad A hingga Z dan nombor 0 hingga 9 di sudut keliling. Tertera padanya juga perkataan ‘HOME’ atau ‘GOODBYE’ di tengah-tengah kertas. Tulisan itu diapit pula oleh perkataan ‘YES’ dan ‘NO’.

“Lebih baik jika ia dilakukan dalam ruang tertutup dan hanya diterangi cahaya lilin. Sekeping duit syiling diperlukan. Lebih lama usia duit syiling itu lebih baik.

“Diletakkan di tengah-tengah perkataan ‘HOME’ jari telunjuk setiap pemain perlu diletak secara perlahan di atasnya sebelum seruan dimulakan,” kata Yazmin yang kini menganggap semua itu bodoh dan lucu namun menyeramkan.

‘Spirit-spirit of the coin, if you can hear me, please come’, seruan itu berbunyi. Setelah disebutkan berulang kali, duit syiling itu akan bergerak dengan sendirinya.

Maka, pemain akan mula bertanya pelbagai soalan tentang siapa, apa, bila dan bagaimana. Namun, Yazmin mengakui bahawa ada juga percubaan yang tidak menjadi.

“Selalunya ‘roh’ yang datang ialah daripada orang yang mati bunuh diri dan ia siap memberitahu bila dan di mana ia membunuh diri. Saya tidak tahu sebab logiknya.

“Mungkin kerana roh orang yang bunuh diri tidak tenteram. Ia masih menerawang gara-gara langit dan bumi tidak menerima perbuatannya mengakhiri nyawa secara begitu,” kata Yazmin.

Setiap soalan akan dijawab berdasarkan pergerakan duit syiling itu yang mengeja mengikut abjad yang disediakan. Kelakar juga apabila pertanyaan peribadi, cerita masa depan, serta rahsia sulit pemain didedahkan dalam permainan tersebut.

Berlanjutan hingga ke pagi. Tapi apakah benar, pergerakan itu berpunca dari roh yang diseru? Mungkinkah ia satu muslihat permainan yang dirancang oleh salah satu daripada pemainnya?

“Tidak mungkin. Sekeping duit syiling disentuh oleh dua atau lebih jari mengikut bilangan pemain. Pasti ada salah seorang akan sedar kalau pergerakan itu sengaja didorong.

“Saya yakin itu adalah kuasa lain, bukan daripada upaya atau muslihat manusia,” ulasnya tegas.

Setiap permainan ada syaratnya. Begitu juga dengan yang ini. Sekiranya permainan ini hendak diselesaikan, pemain akan menyuruh ‘roh’ itu pulang.

Kalau ia menurut, duit syiling itu akan bergerak kembali ke tulisan ‘HOME’ iaitu tempat ia mula-mula diseru.

“Ada juga yang degil untuk pulang hinggakan permainan itu berlanjutan ke pagi. Antara jawapan menakutkan adalah ia tidak mahu pulang kerana mahu berdamping dengan pemain yang disukainya, atau mahu minta dibebaskan begitu sahaja untuk membalas dendam pada yang menyebabkan kematiannya.

“Tetapi kami beringat, selagi tidak kembali ke perkataan ‘HOME’, selagi itulah juga jari setiap pemain tidak boleh dilepaskan daripada duit syiling itu. Bayangkanlah, ada yang keletihan, marah, menggigil dan juga menangis,” katanya.

Yazmin walau bagaimanapun tidak pasti tentang akibatnya jika syarat menyudahkan permainan itu dilanggar. Tetapi dia pernah mendengar tentang pemain-pemain yang mengalami tekanan perasaan, sering ketakutan dan meracau ketika tidur.

“Saya pada awalnya tidak percaya permainan seperti itu boleh membawa keburukan mahupun menyalahi agama. Namun, saya sedar kini bahawa keseronokan sebenarnya boleh ditemui dalam diri sendiri dan juga apabila bersama keluarga dan kawan-kawan dalam aktiviti sihat.

“Spirit of the coin sebaliknya, seperti membuka pintu untuk mendapat ‘kawan’ dari dimensi lain,” terang Yazmin yang menyesali perbuatannya itu.

Ironi permainan itu juga terlintas dalam kepalanya. Semua ‘roh’ itu memahami abjad roman, cekap mengeja, kenal nombor, serta tahu fungsi perkataan ‘YES’, ’NO’ dan ‘HOME’ di atas kertas itu. Yazmin masih menunggu penjelasan rasionalnya.

Melayukini.net - Admin sendiri pernah melihat rakan sibuk bermain duit syiling ini. Namun apa yang mereka lakukan adalah secara suka-suka sahaja tanpa menggunakan sebarang darah. Namun dinasihatkan kepada semua, terutamanya adik-adik agar mengelakkan dari terjebak dengan permainan ini.

P.S. I – 5 Tempat Paling Best di Malaysia
P.S. II – 8 Makanan Paling Menarik di UK
P.S. III – Perkahwinan Dengan Penguin di Langkawi. Biar betul???!

Sumber: Mr Belia | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. zul says:

    ini adalah perbuatan khurafat yg boleh membawa kpd syirik. itu bukan roh manusia yg tlh mati. roh manusia yg telah mati berada dlm jagaan Allah, samaada menerima azam kubur @ kesenangan. bergantung pada amal.
    tak lah roh org mati itu diberi kebebasan utk buat apa saja. macam kepercayaan org kafir. itu semua adalah jin kafir yg ingin menyesatkan org islam.
    kita sbg org islam ada pegangan sendiri, bukan ikut cerita org kafir yg percaya roh org mati kena bunuh boleh tuntut bela. ini sgt bercanggah dgn islam.

  2. yuri says:

    jin kan ada..mungkin jin atau iblis yg ingin sesatkan manusia yang sememangnya xde keje lain nk buat seperti baca quran ke,,qiamullail ke kan…hah..mainla..lagi seronok depa..