Masak Dan Makan Katak Di Dapur Kopitiam
![]() |
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu pembongkaran rahsia mengenai terdapat pekerja di kopitiam bertindak memasak dan memakan seekor katak. Premis itu kemudiannya telah diserbu oleh pihak berkuasa.
By
On July 27, 2012 At 4:30 pm
Category : Tempatan
Tags : isu halal di kopitiam, isu kes kopitam, kes makan katak, kes masak katak, kopitiam di serbu pihak berkuasa, makan katak di kopitiam, Malaysia, masak dan makan katak, masak katak di kopitiam, Operasi, Pekerja, premis kopitiam diserbu, restoran kopitiam di denda, serbuan premis kopitiam, Sinar Harian, Tempatan
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Masak Dan Makan Katak Di Dapur Kopitiam | Kini heboh di seluruh Malaysia mengenai laporan pihak Sinar Harian berhubung pekerja sebuah kopitiam yang memasak dan memakan katak di dapur. Kes ini secara tidak langsung telah mendapat tindak balas segera daripada pihak berkuasa yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam. Serbuan dibuat Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sepanjang pemeriksaan selama sejam itu, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan 15 kompaun serta-merta.
Kesalahan serius dilakukan ialah mengelirukan orang ramai dengan meletakkan perkataan halal di depan kedai. Untuk kesalahan ini, pemilik kopitiam itu akan dihadapkan ke mahkamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.
Ahli Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.
“Dari jauh pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses memohon sijil halal.
“Notis ini mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas operasi.
Hadir sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jaipp, Mohd Saiful Hamizi Mohd Yusof; Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Hussein Bahari; Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong dan Ahli Majlis MPPP, Lim Siew Kim.
Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa tukang masak di sebuah kedai kopitiam dekat sini disyaki memasak dan memakan katak di dapur premis itu.
Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang pekerja kopitiam itu kerana dia tidak mahu pelanggan kamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.
Ahli Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.
“Dari jauh pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses memohon sijil halal.
“Notis ini mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas operasi.
Hadir sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jaipp, Mohd Saiful Hamizi Mohd Yusof; Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Hussein Bahari; Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong dan Ahli Majlis MPPP, Lim Siew Kim.
Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa tukang masak di sebuah kedai kopitiam dekat sini disyaki memasak dan memakan katak di dapur premis itu.
Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang pekerja kopitiam itu kerana dia tidak mahu pelanggan.
Melayukini.net - Pembongkaran kes ini secara tidak langsung menyebabkan kopitiam di seluruh negara akan mengalami tempias yang sama dari segi peningkatan sasaran jualan. Ia juga sama seperti kes sebelum ini yang melibatkan pihak Secret Recipe. Semoga pihak berkuasa dapat membuat pemantauan secara berkala dan orang awam juga perlu memberikan kerjasama jika terdapat premis yang melanggar peraturan.
P.S. I – Pelik! Muzium Bawah Laut di Cancun.
P.S. II – 10 Kubur Terpelik Di Dunia. Seram!
P.S. III – Saintis Menjumpai Kehidupan di Planet Marikh?
Sumber: Sinar Harian | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini







Komen Terbaru