Mangsa Letupan Mercun Bola

mee

Ketika penduduk kampung sedang sibuk mempersiapkan juadah untuk berbuka puasa, tiba-tiba kendengaran satu letupan kuat. Rupa-rupanya letupan itu datang dari seorang pemuda yang sedang luka parah akibat terkena mercun bola.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Mangsa Letupan Mercun Bola  | Apabila menjelangnya bulan ramadhan, kedengaran dentuman mercun dan bunga api tidak dapat dinafikan. Walaupun pihak kerajaan telah melarang sebarang bentuk penjualan mercun, tetapi ia tetap juga berjaya diseludup masuk ke dalam Malaysia. Bukankah mercun itu sangat berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain. Terbaru, satu kes apabila seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam kelmarin, pekerja syarikat percetakan, Mohd. Sohibollah Saad, 27, buta mata kiri akibat letupan tersebut sementara jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera di muka dan beberapa anggota badan.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah Mohd. Sohibollah di Kampung Kuala Kangkong.

Kedua-dua mangsa yang dibawa ke sebuah klinik berdekatan kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dengan ambulans berikutan kecederaan mereka serius.

Mohd. Sohibollah terpaksa menjalani pembedahan mata kiri dan kini dilaporkan stabil. Bagi Tuah pula, nasib kanak-kanak itu lebih baik apabila dia dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.

Mohd. Sohibollah menceritakan, kejadian berlaku ketika dia bermain mercun bola di depan rumahnya selepas membelinya di bazar Ramadan di Tandop di sini.

“Pada mulanya saya bermain seorang diri tetapi anak jiran (Tuah) datang dan minta nyalakan api pada satu mercun bola yang dipegangnya.

WALAUPUN berbahaya, mercun bola tetap digemari kerana bunyi serta kuasa letupan yang kuat. – Gambar hiasan

“Ketika sumbu mercun dicucuh tiba-tiba ada api terpercik dan terjatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum meletup serentak,” katanya semasa ditemui di HSB di sini.

Sebaik letupan berlaku, Mohd. Sohibollah berasa sakit pada mata kiri dan penglihatannya menjadi kabur.

“Saya nampak anak jiran itu tercampak beberapa meter dan pengsan. Saya meminta pertolongan jiran untuk menghantar kami ke klinik,” ujarnya.

Katanya, doktor yang merawatnya sudah membayangkan dia mungkin hilang penglihatan mata kiri.

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr. Juita Ghazalie memberitahu, Mohd. Sohibollah dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan mata kiri serta perlu menjalani rawatan lanjut di wad mata HSB.

“Tuah pula cedera pada mata, muka dan paha kanan dan hanya mendapatkan rawatan pesakit luar,” tambah beliau.

Melayukini.net - Marilah kita sama-sama doakan agar mereka berdua cepat sembuh dari luka mercun bola tersebut. Kepada rakan-rakan yang lain, elakkanlah diri daripada bermain mercun kerana buruk padahnya kerana ia boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

P.S. I – Pelik! Muzium Bawah Laut di Cancun.
P.S. II – 10 Kubur Terpelik Di Dunia. Seram!
P.S. III – Saintis Menjumpai Kehidupan di Planet Marikh?

Sumber: Kosmo | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.



Comments

  1. Tahu bahaya..main juga, kena lah teriama akibatnya..

     — 
  2. setiap tahun mercun mesti ada. amaran bukan main lg.org yg tlibat rasuah lepaskan mercun ni yg patut dletup dgn mercun ni….lancau…

     —