Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan

| July 21, 2012

Melayukini.net – Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan | Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.

Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Melayukini.net – Kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat. Elakkan juga kita tidur terlalu dekat dengan kipas angin.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Asia
P.S. II – Subhanallah! Gambar Langit Runtuh di Australia
P.S. III – Subhanallah! Mungkinkah ada Kehidupan di Marikh?

Sumber: Laman Kongsi | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • adakah bahaya kipas menghala kita semasa tidur
  • keburukan tidur depan kipas

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Comments (8)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Ouh.ok? says:

    kalau da ditakdirkan untuk mati, terima je la. sbbnya belum pernah lagi kejadian seperti ni berlaku. atau, kalau ada pun mungkin kes terpencil saja.
    cari la info tentang perkara lain, macam Freemason dengan Illuminati ke? :)

  2. susahsebut says:

    annoying ads sound bro. dulu xde pun

  3. soaffie says:

    Bolehkah bagi sesuatu saranan yang beserta dengan fakta yang saintifik dan kukuh, supaya boleh diyakini akan kebenaran nya.
    Tidak hanya bergantung pada pendapat penulis semata-mata.

  4. macam aku tido ni..hurrmmm

  5. Rosidah says:

    tq for info….

  6. hafiz says:

    Waktu tidur memang la denyutan jantung akan berkurang, suhu badan menurun dan kadar metabolisme pun jadi rendah. Itulah tujuan kita tidur, untuk merehatkan sistem badan. Kalau tak baik tak payah tidur.

    Angin laju jadi susah bernafas? habis tu macam mana orang bawak motor laju2 tu bernafas? Fikir logik sikit la abang.

  7. Shahmi says:

    Setuju dengan soaffie.
    Doesn’t need a doctor to say that this entry’s logic is flawed.

  8. A-chan says:

    kipas banyak habuk tue….kena cuci kipas baru fresh rasanye