Awas! Bahaya Merokok Sebaik Berbuka
![]() |
Mungkin sebahagian daripada kita gemar menghisap rokok terlebih dahulu sebaik waktu berbuka puasa. Tahukah anda, bahawa tindakan ini sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri.
By
On July 30, 2012 At 12:30 pm
Category : Kesihatan dan Riadah
Tags : badan, berbuka dengan asap, berbuka dengan asap rokok, berbuka dengan hisap rokok, berbuka dengan rokok, berbuka dengan telan asap, berbuka puasa dengan rokok, hisap rokok ketika berbuka, hisap rokok ketika sahur, kesihatan dan riadah, laman kongsi, menghisap rokok ketika berbuka, Puasa, Rokok, sahur dengan rokok
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Awas! Bahaya Merokok Sebaik Berbuka | Ketika waktu berbuka semalam, admin sedang memandu kereta menuju ke Cheras. Ketika sedang minum seteguk air, kelihatan seorang pemandu kereta di sebelah terus menghidupkan api rokok. Tindakan berbuka puasa dengan menghisap rokok sebenarnya boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.
Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.
Melayukini.net - Bukankah ada fatwa mengatakan bahawa menghisap rokok itu haram kerana ia merosakkan bahagian dalaman badan kita. Selain itu ia juga turut menganggu orang lain ketika berada di sebelah. Elakkan diri dari menghisap rokok kerana ia sememangnya berbahaya kepada diri kita dan orang lain.
P.S. I – 5 Makanan Paling Popular di Malaysia
P.S. II – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III – Menakjubkan! Tasik Ais Berbatu di Planet Marikh
Sumber: Laman Kongsi | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net








Komen Terbaru