100 Rentung Ketika Cuba Cedok Minyak Tumpah Di Nigeria

mee

Satu kejadian ngeri telah berlaku apabila sebuah lori minyak terbalik dan menyebabkan minyak mengalir keluar. Pada masa yang sama, penduduk di sana cuba mengambil minyak tersebut dan secara tiba-tiba lori tersebut meletup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – 100 Rentung Ketika Cuba Cedok Minyak Tumpah Di Nigeria | Malang tidak berbau. Itulah perumpaan yang boleh diungkapkan apabila lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.  Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.

“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.

Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak

Melayukini.net - Apabila kita ternampak kemalangan yang melibatkan pertumpahan minyak petrol, asid dan sebagainya, kita perlu mengelakkan diri dari mendekatkan di kawasan tersebut. Inilah antara akibat yang perlu ditanggung kerana cecair petrol seperti yang kita tahu merupakan bahan mudah terbakar.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: MyNewsHub | Layari Berita Luar Negara Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.