Kreatif! Vending Machine Yang Boleh Masak Pizza

mee

Sebuah vending machine berjaya dihasilkan untuk tujuan penjualan pizza bagi penggemar makanan ini. Ia boleh dianggap unik kerana kebiasaannya mesin ini hanya menjual produk makanan kering.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Kreatif! Vending Machine Yang Boleh Masak Pizza |  Kebiasaannya kita menggunakan vending machine yang menjual air minuman, coklat dan sebagainya. Tetapi terdapat sebuah syarikat yang dikenali sebagai Pizza Market Place melaporkan bahawa konsep sebuah syarikat A1 dari Belanda akan membuat debut mereka yang pertama tidak lama lagi mengenai mesin jual pertama di dunia yang menjual dan memasak pizza iaitu, Let’s Pizza di Amerika Syarikat. Boleh tonton video di atas.

Mesin ini telah direka oleh seorang juretera Itali, Claudio Torghele di mana mesin ini mampu memasak pizza kurang daripada 3 minit dengan menggunakan oven infra-merah. Mesin Let’s Pizza ini telah pun digunakan di seluruh Eropah semenjak tahun 2009 lagi, kini ia akan dipromosi kan ke serata dunia.

Melayukini.net - Teknologi ini sangat hebat dan merupakan satu platform kedua bagi penggemar pizza untuk membelinya. Namun di sini ada perkara juga yang perlu diteliti antaranya soal kebersihan mesin ini dan penggunaan bahan mentah yang tidak luput tarikh.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber: Dry Sheet | Koleksi Karya Kreatif Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.