Khasiat Buah Epal Merah (Menarik!)

| June 4, 2012

Melayukini.net – Khasiat Buah Epal Merah (Menarik!) | Jika artikel yang lalu Melayukini.net menyiarkan mengenai Khasiat Buah Epal Hijau (LINK), tetapi pada hari ini akan berkongsi mengenai khasiat epal merah pula. Epal merah dan hijau mempunyai sedikit perbezaan antaranya dari segi rasa. Epal merah mempunyai rasa yang manis, dan epal hijau sedikit masam-masam manis. Jom kita ketahui apakah khasiat buah epal di bawah ini.

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang selkanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalammembantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.

6) Kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.

Melayukini.net - Apabila kita membuat perbandingan di antara khasiat buah epal merah dan hijau, ternyata ada persamaan dari segi kelebihan dapat menurunkan berat badan. Oleh itu, ini satu peluang yang baik untuk sesiapa sahaja yang mahu menjalankan proses diet badan.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Asia
P.S. II – Subhanallah! Gambar Langit Runtuh di Australia
P.S. III – Subhanallah! Mungkinkah ada Kehidupan di Marikh?

Sumber: Jom Masuk Blog | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • khasiat epal merah
  • kebaikan epal merah
  • khasiat buah epal
  • khasiat buah epal merah
  • khasiat epal
  • khasiat apple merah
  • apa kasiat epal merah
  • kasiat buah epal

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.