Khasiat Buah Anggur (Menarik!)
![]() |
Buah anggur antara buah yang sering menjadi pilihan kita untuk dijadikan sebagai hidangan. Selain rasanya yang manis, buah anggur ternyata kaya dengan vitamin C yang sangat tinggi.
By Shah
On June 26, 2012 At 12:30 pm
Category : Kesihatan dan Riadah
Tags : anggur kaya vitamic c, anizyn, Buah, buah anggur tiada biji, buah anggur yang manis, gambar buah anggur, info mengenai anggur, kebaikan buah anggur, keistimewaan buah anggur, kelebihan buah anggur, kesihatan dan riadah, khasiat buah anggur, kulit, maklumat mengenai anggur, manis buah anggur, Manusia
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- 7 Keajaiban Air Mata Manusia Yang Tidak DiketahuiApril 10, 2013
- Tips Mendidik Anak Suka Makan Sayuran (Menarik!)October 30, 2012
- Pelik! Kupu-Kupu Ini Berwajah ManusiaOctober 29, 2012
- Menu Mingguan Untuk Turunkan Berat Badan (Menarik!)October 28, 2012
- Pelik! Nangka Berbuah Pisang Tetapi Mempunyai Rasa Durian (Foto+Video)October 27, 2012
Melayukini.net - Khasiat Buah Anggur (Menarik!) | Buah anggur antara buah yang sangat mudah didapati di Malaysia. Lihat sahaja di pasar mini mahupun pasaraya besar, semuanya menjual buah anggur yang sama. Walaupun sedikit mahal, namun ia dianggap berpatutan. Kajian menunjukkan anggur bukan saja membekalkan kandungan vitamin C yang tinggi, bahkan boleh membaiki tahap antioksida dalam tubuh manusia. Kehadiran tinggi radikal bebas yang berpunca daripada pelbagai elemen seperti pencemaran didapati antara punca utama yang menyebabkan kulit mengalami proses penuaan dengan cepat.

Justeru, apa saja yang mengandungi bahan antioksida berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Anggur antaranya. Tidak hairanlah pengambilan anggur digalakkan berikutan kandungan antioksidanya yang tinggi.
Kajian yang dijalankan oleh Dr Ronald L Prior dari USDA’s Arkansas Children’s Nutrition Centre mendapati bahawa cara pemakanan boleh menyebabkan tekanan oksida pada badan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memakan buah-buahan selepas setiap hidangan.
Dr Prior menunjukkan bahawa proses metabolik untuk menghadam makanan tanpa antioksida, kecuali lemak, karbohidrat dan protein, mengakibatkan kemerosotan pada tahap kemampuan antioksida di dalam darah. Kemerosotan itu boleh dielakkan dengan mengambil buah-buahan mengandungi antioksida yang tinggi seperti buah anggur.
Kebaikan buah anggur sering kali didengar tetapi ramai tidak tahu bagaimana untuk menerapkannya dalam masakan menyebabkan ia hanya diambil secara mentah.
Juru masak terkenal, Chef Nicholas Pillai, berkata anggur boleh dipelbagaikan dalam apa saja masakan jika anda mempunyai kreativiti dan keberanian bagi mencuba resipi unik dan menarik.
“Saya tidak hanya tertumpu kepada satu cara masakan saja. Walaupun apa yang saya sajikan hari ini masakan gaya Barat, saya menggunakan beberapa bahan tempatan supaya dapat disesuaikan dengan masakan Asia. Antaranya serai dan cili padi untuk membangkitkan rasa masakan Asia,” katanya.
Bertempat di kediamannya di Petaling Jaya, Nicholas mencipta pelbagai resipi unik menggunakan anggur. Anggur boleh disajikan bersama ayam, daging, sebagai kebab, dalam salad dan juga dibuat menjadi manisan dan minuman.
Beliau menghidangkan pelbagai jenis masakan itu dengan menggunakan California Grapes yang kini boleh didapati di semua pasar raya di Malaysia. California Grapes berbeza dengan anggur lain kerana ia lebih rangup dan keras bermakna ia lebih segar dan manis. Kelebihannya juga terdapat pada warnanya. Misalnya, anggur berwarna merah lebih kecil dan lebih manis serta lebih rangup menjadikan ia sesuai buat pelbagai jenis masakan.
“Bagi minuman Lassi, pada mulanya saya menggunakan anggur berwarna hijau, tetapi saya mendapati jusnya tidak mengeluarkan sebarang warna dan tidak cantik jika ingin dihidangkan kepada tetamu. Sebagai ganti, saya campurkan buah anggur ungu bagi menacantikan warna jus berkenaan dan saya berpuas hati dengan hasilnya, harap anda juga mencuba,” katanya.
Walaupun pertama kali menikmati masakan menggunakan buah anggur, masakan Pillai tidak berasa pelik mahupun terlalu manis. Malah semua hidangannya lebih lazat dicampurkan dengan jus yang diperoleh daripada anggur berkenaan.
Nasihat beliau jika ingin memasak menggunakan anggur, jangan dibuang kulitnya kerana anggur yang dimasak tanpa kulit akan menyebabkan terlalu banyak air lebihan dalam hidangan berkenaan. Jika ayam atau daging dikukus bersama anggur, perisa buah berkenaan akan menyerap ke dalam ayam atau daging yang digunakan kerana buah anggur diperbuat daripada 80 peratus air.
Paling penting, katanya, jangan menggunakan buah anggur yang sudah lama. Anggur yang segar lebih baik kerana walaupun buah berkenaan hanya beberapa hari saja, ia akan membawa impak yang besar terhadap hidangan itu. Ingatlah, anggur mudah menjadi lembik dan apabila ia berlaku, jusnya akan keluar dan hasilnya masakan akan menjadi sedikit masam.
Info : Khasiat anggur
Kandungan vitamin C yang tinggi.
Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2
Mempunyai kalori yang rendah.
Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
Melayukini.net - Buah anggur mempunyai rasa yang sungguh manis. Ada yang suka membeli buah anggur yang tidak mempunyai biji. Selain itu, ia juga banyak dijadikan sebagai jus minuman dan banyak syarikat telah menghasilkan jus anggur. Maka, ternyata buah anggur ini mempunyai banyak khasiat antaranya kandungan vitamin C yang tinggi.
P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Asia
P.S. II – Subhanallah! Gambar Langit Runtuh di Australia
P.S. III – Subhanallah! Mungkinkah ada Kehidupan di Marikh?
Sumber: Anizyn | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net
Penaja Utama
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Apabila Ayah Dan Anak Memiliki Bilik Game Bawah Tanah
- Ngeri! Letupan Kilang Mercun Paling Dahsyat Dalam Sejarah Malaysia
- Pelik! Pokok Jagung Ini Berbuah Pisang
- Insaf! Kisah Pak Cik Yang Dihina Kerana Busuk
- Gempar! Lelaki Buta Marah Air Asia Di Lapangan Terbang
- Pelik! Lukisan Ini Dikatakan Bernilai USD$44 Juta (4 Foto)
- Pelik! Mengapa Semua Bangku Di Sini Berpaku
- Ngeri! Kemalangan Maut Putus Kepala Di MRR2 (7 Foto)
- Mengancam! Bas Unik Menggunakan Kaki (Menarik!)
- Gempar! Penumpang Air Asia Dihalang Menaiki Pesawat (Panas!)
- Subhanallah! Batu Gergasi Paling Seimbang Di Dunia (5 Foto)
- Subhanallah! Batu Berbentuk Ombak Laut Di Australia (4 Foto)
- Senarai Menteri Kabinet 2013 Pilihan Dato’ Seri Najib?
- Gempar! Tsunami Ombak Ais Yang Mengerikan (8 Foto)
- Siapakah Yang Mengasaskan Kedai Sukan Al-Ikhsan? (Menarik!)
- Cara Hilangkan Gula Getah Yang Melekat Di Seluar (Menarik!)
- Unik! Adakah Ini Jalan Paling Curam Di Dunia? (8 Foto)
- Biar Betul! Tayar Basikal Ini Boleh Dilipat (6 Foto)
- Gempar! Bangkai Raksasa Laut Terdampar Di New Zealand (5 Foto)
- Pelik! Mengapa Kanak-Kanak Ini Bertopeng? (8 Foto)
- Mengancam! Bina Pondok Atas Menara Batu (6 Foto)
- Gempar! Pembaca Berita Kena Pecat Serta Merta
- 7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel (Menarik!)
- Biar Betul! 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu
- Gempar! Rakaman Pokok Menjerit Bila Ia Dahaga
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.






Komen Terbaru