Bagaimana Menambah Nikmat Allah

| June 24, 2012

Melayukini.net – Bagaimana Menambah Nikmat Allah | Jelas, sebagai seorang manusia kita tidak mampu untuk menghitung betapa banyaknya nikmat yang Allah SWT berikan kepada hambaNya. Nikmat hidup, nikmat bernafas dan sebagainya. Nikmat itu terbahagi kepada tiga iaitu nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba, nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba, dan nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya.  Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan kepada hamba tersebut nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.

Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan. Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.

Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.

Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.

Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:

“Wahai Amirul Mu’minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya.”

Melayukini.net  - Setiap nikmat yang Allah berikan kepada kita, hendaklah sentiasa bersyukur kepadaNya. Bersyukur menjadikan kita sentiasa beriman kepada Allah. Tetapi hati-hati nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita, sama ada nikmat itu untuk menguji kita ataupun tidak, ia juga termasuk dalam istidraj.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: My Ibrah | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • kata kata bersyukur pada allah

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.