22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

| June 5, 2012

Melayukini.net – 22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir | Hari kiamat sememangnya satu hari yang paling ditakuti oleh semua orang di dunia ini termasuklah orang bukan Islam. Namun semakin hampir hari kiamat, semakin ramai pula yang berlumba-lumba ingin membuat dosa. Kita perlu sedar bahawa dunia ini hanya sementara dan di akhirat nanti kekal selamanya. Jom ketahui apakah 22 tanda hari kiamat yang kian hampir ini.

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Melayukini.net - Kita patut bersyukur kerana Allah SWT masih lagi memberi kita nyawa untuk hidup untuk bermuhasabah kembali, mengingati kembali apakah suruhan Allah SWT yang tidak kita lakukan. Sesungguhnya apabila tiba hari kiamat itu, maka tertutuplah pintu taubat dari Allah SWT.

P.S. I – 5 Air Terjun Paling Popular Di Dunia
P.S. II – 5 Penjara Paling Kejam di Dunia. Menakutkan!
P.S. III – Planet Marikh Mempunyai Tasik Ais Batu?

Sumber: MyIbrah | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • dunia hampir kiamat
  • kisah hari kiamat
  • adakah dunia ini hampir kiamat
  • tanda dunia hampir kiamat
  • kisah ngeri kiamat
  • kisah di hari hampir kiamat
  • cerita pasal hari kiamat
  • cerita kiamat 2012
  • cerita hari akhirat
  • tanda2 dunia hampir kiamat

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Comments are closed.