Tragedi Himpunan Belia 2012 – Dua Penonton Cedera Parah (Foto+Video)

| May 27, 2012

Melayukini.net – Tragedi Himpunan Belia 2012 – Dua Penonton Cedera Parah | Hari ini merupakan hari terakhir bagi program Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung sejak dari 23 Mei lalu di Putrajaya.  Pada masa yang sama, ada satu tragedi rempuhan telah berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi. Boleh tonton video di atas. Aksi rempuhan adalah minit ke 5.20.

Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan. Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan.Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlangsung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut.

Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini.

Melayukini.net - Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan. Semoga mangsa yang dilanggar kembali pulih secepat mungkin.

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Green Boc | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • eksiden motor malam
  • gambar drag jatuh

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments (7)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Tok NiLa says:

    tak keluar dlm berita TV3 pong

  2. mon says:

    TERBALIKKAN KERETA TU!!!…TERBALIKKAN KERETA TU!!!…kata seorang penyokong bersih..

  3. mon says:

    TERBALIKKAN KERETA TU!!!..TERBALIKKAN KERETA TU!!!..kate sorang ahli bersih..

  4. dbelicincin says:

    Kalau ada yg mati, mungkin ulama’ UMNO boleh bagi status jihad pasal dia org ikut saranan PM utk hadir berhibur..

    Dan kalau tak mati syahid, untung jugak, PM akan jadi imam solat jenazah..

    Kalau cedera je, untung jugak, pasal bil hospital PM tanggung beres

    Kalau cacat sepanjang hayat, PM akan luluskan elaun bulanan dari Kementerian Kebajikan Masyarakat

    Boleh jadi famous pasal nama masuk TV, Mungkar Nakir sure tak lupa..

  5. kai says:

    yang peliknye knape mesti driver tu lari…padahal boleh terus terang je…

  6. avengers says:

    hebattt..sume benda pun nak dipolitikkan..apsal taknak terima yg itu adalah nasib dia..bukan ke itu ketentuan Allah? kalau malam tu dia duduk umah je tengok tv, mungkin lain pulak ketentuan Allah sebagai nasib dia..hidup mati orang pun ko nak politikkan..bersih sgt ke ko tu?

  7. shah amir says:

    Aku antara pengunjung tegar MUSC drag ni. nak ikutkan, thn lepas every month MUSC-KBS wat event kat tmpt yg sama tanpa mslh.
    Aku jugak saksi dlm mlm tu.. aku tgk statement saksi kat atas ni byk lari dr hal sebenar. Sejam sblm jadi kes ni, pengajur dah stop event selama sejam halau sume crowd yg dekat dgn track siap announce lg pakai pembesar suara. siap hntr bouncer lg halau crowd jauh dr trek. tp aku kesian dgn bouncer la, kene maki dgn crowd kat situ. tp ok la kan, crowd beredar dr situ. bila semua dah clear, penganjur jln kan drag balik. ms tu la jugak crowd yg kene halau tu rapat balik kat tmpt yg sama skit2. kalo ikut balik citer tu.. mslh dr siapa? kalo korang tgk video eksiden tu balik, nmpk sgt saksi rabun mlm.. situ bukan pasu bunga. deretan pokok penghadang jln. bleh nmpk tak ade pagar sepanjang trek. nape saksi kata kat tmpt drag takde langsung pagar keselamatan?

    Korang tuduh penganjur tak letak langkah keselamatan? korang tgk balik vdeo tu, dalm ms satu minit ambulan dah smpai tmpt kejadian. sbb ambulan mmg pangjur dah standby kat situ. terima kasi la pada kbs-musc sbb sediakan sume yg ad. upgrade sume langkah keselamatan stiap kali drag putrajay dr thn lepas smpai la sabtu lepas. kejadian ni pun kita takleh nak agak bleh jadi mcm ni. n satu lg terima kasih jugak la kat kbs-musc sbb bg platform pomen2/peserta yg br nak try drag ni sblm dioang up kene peringkat lg profesional lg. kalo takde drag ni, mmg xde peluang la anak2 melayu yg ad bakat dlm bidang ni nak tunjun n asah bakat. patut event ni diteruskan..

    aku pminat harap dioang tak politikkan bnd ni.. ni motorsports, platform anak2 mude tnjuk bakat.