Misteri Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid (Video)

| May 18, 2012
 

Melayukini.net – Misteri Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid (Video)  | Kini, satu video mengenai misteri lelaki berjubah putih telah tersebar dengan luasnya. Video ini diambil ketika mana askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang  membunuh penunjuk perasaan, keluar seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh oleh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya tentera bersenjata. Lebih mengejutkan, lelaki berjubah tersebut mengangkat pemuda yang syahid itu dengan sebelah tangan sahaja. Tonton video di atas.

Pada masa yang sama, pelbagai timbul spekulasi ada yang mengatakan ia malaikat, atau apa sahaja lagi datang membantu. Sebagai seorang manusia, ternyata penglihatan kita amat terbatas untuk mengetahui perkara-perkara ghaib. Apa yang boleh kita lakukan adalah mengucap syukur kehadrat Ilahi kerana insan berjubah putih ini merupakan makhluk Allah yang sanggup membantu pemuda tersebut.

Melayukini.net - Jika anda perasan, video ini mula popular sekitar bulan Mei 2012. Walaubagaimanapun, video ini dikatakan sudah di muat naik ke Youtube sejak dari Disember 2011. Banyak uploader yang muat naik ke Youtube. Kini yang admin tunjukkan adalah video yang di muat naik pada 4 Februari 2012. Walaubagaimanapun, apa yang berlaku ini adalah ketentuan dari Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

P.S. I – Pelik! Muzium Bawah Laut di Cancun.
P.S. II – 10 Kubur Terpelik Di Dunia. Seram!
P.S. III – Saintis Menjumpai Kehidupan di Planet Marikh?

Sumber: My News Hub | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • gambar orang tua berjubah putih
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.