Makna Sekufu Dalam Perkahwinan

| May 7, 2012

Melayukini.net – Makna Sekufu Dalam Perkahwinan | Dalam mencari pasangan suami isteri, antara pesanan rasulullah SAW dalan hadithnya adalah menyentuh bab sekufu iaitu setaraf. Namun apakah makna sekufu dalam perkahwinan ini. Setaraf bagaimana yang dimaksudkan dengan rasulullah SAW. Ikuti ulasan ustaz di bawah ini.

Soalan:

Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkahwinan. Apakah maksud ‘sekufu’ yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )?

Jawapan:

Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua.

Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Q Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkahwinan seperti itu, tetapi memandangkan ianya suatu keredhaan kepada calon isteri dan walinya, Syafei menghukumkan sahnya perkahwinan tersebut bergantung kepada keredhaan keduanya. Jika keduanya redha menerima ketidak sekufuan itu, perkahwinan tersebut adalah sah.

Melayukini.net - Jika di antara mereka saling faham memahami di antara satu sama lain, itu tidak menjadi masalah. Namun adakalanya kita tidak dapat menjangka adakalanya mungkin boleh timbul isu ungkin mengungkit jika berlakunya perselisihan faham. Maka timbul isu sekufu. Jadi ada hikmahnya mencari pasangan suami isteri yang sekufu.

P.S. I – Cara Mengatasi Rambut Gugur. InsyaAllah mujarab!
P.S. II – Menakjubkan! Pernah tengok tak gambar langit dunia runtuh?Jom kita saksikan!
P.S. III – Menakjubkan!!! Saintis temui tasik ais batugergasi di Planet Marikh. Jom tengok!

Sumber: Darul Numan | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Carian kata kunci paling popular:

  • makna maksud sekufu
  • maksud sekufu dalam islam

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Comments are closed.