Kisah Seram Penginapan Villa Nabila

| May 31, 2012

Melayukini.net -Kisah Seram Penginapan Villa Nabila | Jika sebelum ini Melayukini.net ada berkongsi mengenai satu pusat membeli belah yang telah terbiar sejak 1998 dan dikatakan telah menganggu satu keluarga warga Singapura. (LINK). Kali ini kisah seram mengenai sebuah rumah penginapan yang dikenali sebagai Villa Nabila. Tempat ini dikatakan agak menyeramkan. Jom ikuti beberapa versi cerita mengenai tempat ini, Villa Nabila :

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.

Melayukini.net - Menurut sumber, mereka pun tidak pasti mana satu versi yang betul, tapi kalau anda ada cerita pasal tempat ini, boleh kongsikan di sini. Sebenarnya banyak lagi tempat yang penuh dengan misteri. Tempat begini merupakan peninggalan sejak zaman berkurun lagi yang menjadi tempat kegemaran makhluk halus.

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Keukenhof – Taman Ajaib Eropah
P.S. III – Subhanallah! Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Aku Stress Giler | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • VILLA NABILA
  • cerita hantu mimaland
  • cerita tragis keluarga
  • foto penampakan di vila kosong
  • gambar asal rumah villa nabila
  • sejarah villa aidid
  • sejarah villa nabilla

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. ;tyfoon jb says:

    ermm mintak maaf ye saya nk komen saya rase ni bkn villa nabila ini gambar cristine place tmpat ni berhantu jugak tp x brape famous mcm villa nabila. villa nabila sebenarnya ade sebuah rumah banglo 3 tingkat yg menghadap ke laut dan kawasan villa tersebut sgt besar.

    cerita villa nabila yg saya tahu adalah begini villa ini didiami oleh satu keluarga yg kaya dan nama villa ini diambil sempena nama anak perempuan kedua dari tiga beradik keluarga tersebut so nk dipendekkan cerita ayah dan ibu beliau pergi menunaikan haji dan memberi sejumlah wang kepada kakak nabila yg sulung untuk meraikan hari lahirnya so pada malam meraikan hari lahir itu ada kawan2 mereka yg bertindak liar merogol kakak nabila dan juga nabila so dalam keadaan panik mereka dibunuh di rumah itu adik bongsu nabila menjadi trauma lalu membunuh diri dan rumah itu dikosongkan hingga hari ini dan masih terdapat perabot2 lama didalam rumah itu dan itu cerita yg saya tahu dan ada bnyk ver lagi

  2. khai says:

    owh cmtu… bleh amik gambar x villa nabila tu? mcm pernah dgr dulu..

  3. Unknown says:

    sorry cakap . saya ada terbaca jugak kisah Villa Nabila nih dekat satu website , tapi saya lupa apa nama website tuh . Mengikut dalam website tuh , versi 1 adalah cerita yang benar . tapi tidak dinyatakan kenapa orang gaji Nabila bertindak membunuhnya dengan kejam

  4. Zack says:

    Mak tiri nabila tamak harta,die tkot kekayaan suami die akan jtuh sepenuhnya pd tgn nabila,,,die mengmbil jln singkt dgn membunuh nabila lalu di simen di Seblik dinding rmh 2…si isteri mereka cerita y nabila hlg,,,sama ada di culik atau melarikan diri atas sbb2 tertentu,,nabila ketika itu dlm lingkungan 17-18 taun,,alasn melarikn diri blh di terima pkai,,tp ayahnya bertindak bijk melaporkn kehlgn nabila sehingga satu siasatan dijlnkn,,,akhirnya kes ni dianggap selesai dgn penemuan rangka nabila di rmh itu,,,y ak tau la,,,

  5. penyelongkar mistik says:

    saye rase nie bkn villA nabila….sgt berbeza.