Kisah Menyayat Hati Seorang Pelakon Ahmad Nisfu

| May 29, 2012

Melayukini.net – Kisah Menyayat Hati Seorang Pelakon Ahmad Nisfu | Malam semalam, Melayukini.net sempat menonton rancangan Tiga Abdul yang disiarkan menerusi TV2. Siapa tidak kenal gelagat mereka antaranya Tan Sri P Ramlee. Namun apa yang ingin dikongsikan di sini adalah pelakon Ahmad Nisfu. Siapa yang tidak kenal dengan beliau merupakan seorang pelakon dan pelawak yang berbakat. Banyak sahaja tagline yang digunapakai sehingga hari ini antaranya :

“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku..”

Ini adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. Dalam kita mengenang ramai artis-artis veteran terutamanya, mungkin tak semua yang tahu. Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada dipuncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman.

Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.

Di sinilah Ahmad Nisfu tinggal semasa hayatnya di Kubu Jepun (pillbox)

Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo

Berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain.

Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.

Melayukini.net - Rasa sedih pula apabila mengenangkan nasib allahyarham Ahmad Nisfu yang pengakhiran hidupnya amat menyayat hati. Seorang pelakon dan pelawak berbakat hidup dalam kedaifan. Admin percaya, rata-rata semua baru tahu mengenai riwayat hidupnya. Apa yang menyedihkan lagi, beliau dahulunya adalah hidup sebatang kara. Apa-apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah ~

P.S. 1 – Inilah Smartphone Yang Masih Berfungsi Walau Sudah Tenggelam 6 Minggu Di Dasar Laut
P.S. 2 – Wanita Direjam Sampai Mati Kerana Berzlna
P.S. 3 – Bagaimana Coklat Cadbury dibuat. Jangan Terkejut!
P.S. 4 – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. 5 – Planet Marikh Mempunyai Tasik Ais Batu?

Sumber: Bosan Busan | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • ahmad nisfu
  • ahmad nisfu meninggal dunia
  • kisah ahmad nisfu
  • kehidupan ahmad nisfu
  • makam ahmad nisfu

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Comments (11)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mr J says:

    Nak tanya sesiapa yang tahu… Ahmad Nisfu nie nama sebenar Allahyarham ke?

  2. haha lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hati, pengen ketawaa, hahahahah

  3. john says:

    dah meninggal baru nak kenagng… xguna

  4. puan maryam shafie says:

    saya mmg sayang sangat2 kt smua plakon dulu, rasa cm datuk2 n nenek sendiri sayang n, rasa sayang sangt2 kt dia orang, ajis, sudin, rmlee, smua rasa cm syang kt atok2 n nenek2 tau

  5. Mohammed Zainal Abidin Ariff says:

    Sewaktu kecil Arwah bapa pernah cakap kpd saya, pelakun Ahmad Nisfu adalah bapa saudara saya. Tak tahu dimana kebenarannya. Mungkin juga ada bnrnya psl arwah bapa lahir di Pulau Pinang dan muka arwah bapa seiras dgn arwah Ahmad Nisfu. Bapa tidak pernah bercerita sejarah hidup Arwah Ahmad Nisfu. Bapa meninggal dunia tahun 1994 dlm usia 74 tahun dan dsemadikan di Tanah perkuburan org islam Jln Subuk, Brunei.
    SSetelah sekian lama baru saya tahu kisah kehidupan Arwah Ahmad Nisfu yg sungguh menyayat hati. Al Fatihah untuk Arwah Ahmad Nisfu. Seorang lagenda filem melayu yg tersohor. Terima kasih kpd pihak yg terlibat kerana menyiarkn cerita psl Arwah Ahmad nisfu. Saya adalah diantara beribu2 org meminati lakunan beliau.

  6. Shah says:

    Seniman yang sukar dicari ganti…

  7. lina says:

    alfatihah..smg dirahmati Allah..amin

  8. Mien says:

    Al fatehah buat arwah seniman Pak Nisfu. Moga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat tempat yang sewajarnya disisiNya aminn

  9. fara says:

    baru tau kisah dia.. sedih lah.. sbb sy suka sgt dgn dia..

  10. Cempaka says:

    Tak sangka sungguh seorang yg bergelar seniman dan selalu membawakan watak2 besar begini akhirnya kisah hidup beliau.. allah lebih mengetahui… Al-Fatihah…

  11. Rasyidi says:

    Al-Fatihah…
    Moga rohnya dicucuri rahmat….