Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland

| May 31, 2012

Melayukini.net – Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland | Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland mula dibina dalam tahun 1971.. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..

Antara petikan angker dari forum Cari

salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..

tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe

jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…

berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..

..tetapi kini pintu masuk ke alam angker

Basikal air kini tinggal kenangan..

Van company

Suatu ketika dahulu merupakan ofis taman rekreasi

Dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas

Jalan ke Mimaland ini dahulunya sibuk, sekarang sunyi sepi dan menyeramkan

Melayukini.net - Biasalah, tempat dah ditinggalkan bertahun-tahun sudah tentu berpenunggu. Walaubagaimanapun, penutupan tempat ini bukanlah disebabkan kecuaian 100% pihak taman rekreasi ini, akan tetapi adalah masalah struktur tanah yang kita sendiri tidak boleh jangka. Sudah tentu pemiliknya rugi bernilai jutaan ringgit.

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Subhanallah! Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Tengku Nizam | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • mimaland seram
  • kisah mimaland
  • mimaland sekarang
  • mimaland gombak
  • kisah seram di mimaland
  • sejarah mimaland
  • misteri mimaland
  • kisah seram mimaland
  • sejarah mimaland malaysia
  • kenapa mimaland ditutup

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Comments (12)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. fazli says:

    wow.. ini kesah dia, tu la tutup untuk renovate sampai tak buka2.. time kecik ingat kn mak bapa tipu rupa nya memang betul.. yang penting gua time kecik penah mandi kat sana.. hahaha

  2. Maliga TUMTUM says:

    MIMALAND tuh kt negare mane??

  3. jacko says:

    adoiii,letih tull la dia ni….cuba baca betul2 mimaland tu kat mana yekk…

  4. mega says:

    tu gambar lama bang….skrg pintu gerbang pun dah takde…untuk makluman…geng2 pembalak haram byk la kat sana…tak caya try masuk kalau nak kena kepung…..saya dah kena tahun lepas ,kononnye nak tgk tempat besejarah la ….

  5. ungku balkis says:

    best tmpt ni dlu….

  6. pooh says:

    rumah aku kat batu 10. MIMALAND ni kat batu 11. sepanjang aku stay situ tak pernah pulak aku tengok bende2 pelik mcm orang yang bgtau kat atas ni. jalan palembang tu hari2 aku lalu xde bende pon. iye2 je banyak hantu. kawasan palembang tu kawasan rumah sedare2 aku. accident memang banyak jadi sebab kawasan lencong. tapi tu sebab kecuaian pemandu sendiri. aaaa.. MIMALAND tu memang teringin nak pegi. jealous tengok gambar2 abang2 aku pergi sana masa kecik2 -.-

  7. noraliza bt md yusuf says:

    Taman rekreasi yg menarik…….saya sering berkunjung kesini bersama keluarga dan pernah membawa rakan semaktab semasa menuntut di maktab perguruan ipoh ketika itu …….sekitar tahun 1985.

  8. Andak says:

    :)

    teringat mase gua kecik2…
    2 kali g sini…papan luncur wana warni tu yang paling menggamit gua..hehe…mse tu 1st time kitorang satu family jumpa hot dog..spupu gua siat tnye kat kaunter….halal ke ni?..bleh makan ke?…haha…but bila tgk gambar2 selepas tutuptu..naik seramlak…huhu

  9. whatever says:

    ye ke ada hantu. ye ke menyeramkan. untuk makluman kepada yang membaca artikel diatas, saya tidak percaya. saya sendiri mempunyai 3 buah rumah bersebelahan dengan mimaland. arwah ayah saya bekas pekerja MIMALAND. kami tinggal disitu lebih dari 20 tahun. tak ada pun kami jumpa benda2 tu. kalau kita ingatkan Allah…. sentiasa meminta perlindungan dari nya….. benda2 tu tak akan berani menggangu…

  10. nanie ahmad says:

    pernah mandi manda di sana satu ketika dulu. paling akhir dalam tahun 1983!

  11. Azmande says:

    Pernah pegi sana dlm tahun 1994… Masa tu dah sunyi dah…tapi masih kena bayar tiket…

  12. nuryfahmy says:

    mse thn 1991 pnah p ngn fmly…sgt best tmpat nih..
    smpat la kayuh beskal air tu..
    tp sedihnye ble tgk mimaland dh jd cmtu…;((