Kesan Keruntuhan Rumahtangga

| May 19, 2012

Melayukini.net – Kesan Keruntuhan Rumahtangga | Episod penceraian adalah suatu mimpi ngeri bagi kehidupan pasangan suami isteri. Penceraian itu walaupun pada awalnya dianggap sebagai cara terakhir dalam menyelesaikan masalah, namun ia akan meninggalkan kesan dalam keruntuhan rumah tangga. Antaranya kesan keruntuhan rumah-tangga terhadap anak-anak . Antara yang terpenting, kurang kasih sayang terhadap anak-anak kerana kasih yang diberi oleh ibu atau bapa sahaja tidak sama dengan kasih dari kedua-duanya. Apatah lagi jika setelah bercerai anak-anak diserah kepada keluarga di kampung atau keluarga angkat untuk dipelihara, ini akan memberi kesan psikologi tambahan kepada anak-anak.

Kanak-kanak yang membesar dalam keadaan begini lebih terdedah kepada pengaruh keruntuhan moral. Dari segi pendidikan, mereka juga tidak mendapat pendidikan yang sempurna kerana perhatian yang diberikan kepada mereka adalah terbatas. Mereka juga akan merasa tersisih dari kanak-kanak lain kerana malu melihat keruntuhan keluarga dan ini akan memberi kesan kepada pergaulan harian mereka di dalam masyarakat.

Perasaan cemburu, marah dan pendendam lebih kuat menguasai mereka dari perasaan kasih sayang. Mereka akan meniti kehidupan yang terlalu mencabar berbanding dengan rakan-rakan mereka untuk berjaya di dalam kehidupan.

Melayukini.net - Jadi apa yang dapat kita lihat adalah banyak kesan dialami oleh kanak-kanak yang hidup dalam keruntuhan rumah-tangga ibu bapa. Hal ini kerana, mereka sendiri bergantung kepada ibu bapa. Maka, jika orang yang diharapkan itu tidak dapat bersatu, jadi  anak-anak ini akan berasa seperti hidup gantung tidak bertali. Jadi, fikirkanlah masa depan anak-anak dalam membuat sebarang keputusan.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Darul Numan | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • kesan masalah rumah tangga

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Comments are closed.