Cara Melaksanakan Sujud Syukur

| May 25, 2012
 

Melayukini.net – Cara Melaksanakan Sujud Syukur | Jika hajat kita telah tercapai, maka hendaklah kita menzahirkan rasa penghargaan kita terhadap Allah melalui sujud syukur. Maksud sujud syukur iaitu sujud yang dilakukan kerana mensyukuri nikmat Allah. Sujud ini disunatkan kepada seseorang yang terlepas dari bahaya atau orang yang mendapat nikmat dari Allah SWT. Abi Bakrah meriwayatkan “bahawa Nabi  SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah”. (Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

Imam Syafie menyukai setiap orang yang memperolehi nikmat atau terhindar daripada bala melakukan sujud syukur kepada Allah SWT sebagai tanda terima kasih hamba kepada-Nya. Namun Imam Abu Hanifah tidak mengatakan bahawa sujud syukur ini sunat. Sedangkan Imam Malik pula tidak menyukai sujud syukur ini dilakukan dalam solat.

Keterangan para ahli diatas tidak dinyatakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW mendahului sujud syukur itu dengan takbir dan tidak pula dikatakan bahawa Rasulullah SAW mengucapkan salam selepas itu. Dalam keterangan lain  dinyatakan juga “Dari Bara bin Azib, bahawasanya Nabi SAW mengutus Ali ke negeri Yaman. Lalu Bara menyebut hadis ini, berkata Bara: “Lalu Ali menulis surat tentang keislaman mereka (orang-orang Yaman). Tatkala Rasulullah membaca surat itu baginda tunduk sujud kerana berterima kasih kepada Allah”. (Riwayat Baihaqi)

Jadi dari keterangan riwayat diatas membuktikan bahawa sujud syukur itu dilakukan ketika seseorang mendapat berita menggembirakan atau nikmat. Rasulullah SAW melakukannya ketika di luar sembahyang dan sujud seketika mendengar berita yang menggembirakan itu. Menurut Syaukani, dalam sujud syukur tidak terdapat sebuah hadispun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya itu disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat”. Selain itu juga tidak terdapat keterangan dari Nabi yang menjelaskan bahawa dalam sujud syukur itu diharuskan bertakbir. Hanya saja disebutkan dalam kitab Bahr bahawa takbir untuk sujud syukur itu diperlukan. Imam Yahya berkata, bahawa sujud syukur dalam solat tidak dibolehkan dan memang tidak seorang ulamapun yang memperkenankannya.

Dalam Fiqh Islam  karangan H. Sulaiman Rasyid menyebutkan bahawa rukun sujud syukur ialah niat, takbiratul ihram, sujud dan memberi salam sesudah duduk. Sedangkan syaratnya sama dengan syarat sembahyang seperti suci dari hadas dan najis, menghadap kiblat dan menutup aurat. Sujud syukur ini hanya satu kali saja dan disunatkan diluar sembahyang serta tidak boleh dilakukan didalam sembahyang.

Mengenai bacaan dalam sujud ini tidak ada sumber khusus yang menjelaskannya kerana sujud syukur ini merupakan luahan rasa kesyukuran dari hati seorang hamba atas nikmat yang diberikan. Wallahu ‘alam.

Melayukini.net - Sujudlah kepada Allah tanda kita bersyukur terhadap nikmatnya. Dan berdoalah kepada Allah, tanda kita mengabdikan diri sebagai seorang hamba yang hina. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.

P.S. I – 5 Makanan Paling Popular di Malaysia
P.S. II – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III – Menakjubkan! Tasik Ais Berbatu di Planet Marikh

Sumber: Darul Numan | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • cara buat sujud syukur
  • cara sujud syukur
  • video cara sujud syukur
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.