Tragedi Kok Lanas – Tiga Sahabat Mati Kemalangan (Ngeri!)
![]() |
Tiga sahabat mati dalam satu kejadian kemalangan ngeri kereta berlanggar dengan sebuah lori di Kok Lanas, Kelantan. Semua mangsa mati di tempat kejadian.
By Huzaifah Al-Selangori
On April 6, 2012 At 4:10 pm
Category : Tempatan
Tags : Ahmad Zaki Ibrahim, Daihatsu Charade, Eyu Win Lee, Gambar Kemalangan, Kampung Cina, Kemalangan, Kemalangan Jalanraya, Kemalangan Kelantan, Kemalangan Kok Lanas, Kemalangan Lori, Kemalangan Maut, Kemalangan Ngeri, Kereta Daihatsu, Ketereh, Kok Lanas, Sinar Harian Online, Tan Phei Shia, Tempatan, Tragedi Kok Lanas, Wan Ngah Wan Long, Wee Wai Hwa
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- Gempar! Lelaki Buta Marah Air Asia Di Lapangan TerbangMay 21, 2013
- Ngeri! Kemalangan Maut Putus Kepala Di MRR2 (7 Foto)May 20, 2013
- Gempar! Penumpang Air Asia Dihalang Menaiki Pesawat (Panas!)May 19, 2013
- Biar Betul! Bagaimana Kereta Ini Dipandu Tanpa Stereng?April 22, 2013
- Gambar Punca Kubur P Ramlee Musnah TerukApril 2, 2013
Tragedi Kok Lanas – Tiga Sahabat Mati Kemalangan (Ngeri!) | Tiga sahabat maut, apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dan terperosok bawah lori dalam kejadian di Kampung Cina, Kok Lanas, di sini malam kelmarin. Kejadian pada jam 7 malam itu, menyebabkan pemandu kereta, Eyu Win Lee, 30, yang bekerja sebagai mekanik dan dua penumpang, Tan Phei Shia, 24, dan Wee Wai Hwa, 24, mati di tempat kejadian.

Gambar mangsa kemalangan jalanraya ngeri di Kok Lanas
Ketua Balai Bomba Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.19 malam. “Dua jentera dari balai Ketereh dan Machang dengan 13 anggota dihantar ke tempat kejadian kemalangan jalanraya bagi membantu mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit.
“Bomba mengambil masa 25 minit bagi mengeluarkan mayat mereka kerana keadaan kereta yang remuk dan terperosok di bawah lori menyukarkan kerja-kerja menyelamat,”katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Deputi Supritendan Ahmad Zaki Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika kereta jenis Daihatsu Charade yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari Machang ke Kota Bharu.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Win Lee, dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.
”Akibat pertembungan itu, kereta yang dinaiki ketiga-tiga mangsa terperosok ke bawah lori dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat,”katanya.
Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing yang tinggal di Pasir Mas dan Pulai Chondong, Machang.
Ahmad Zaki berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada saksi di tempat kejadian kemalangan jalanraya untuk membantu siasatan. Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Melayukini.net – Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Setiap yang hidup pasti akan mati. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan jalanraya di Kok Lanas ini.
P.S. I – Cara Rawatan Resdung Moden. Berkesan!
P.S. II – Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012
P.S. III – Menakjubkan!!! Saintis temui tasik ais batu gergasi di Planet Marikh. Jom tengok!
Sumber: Sinar Harian Online | Layari Berita Kemalangan Informasi Malaysia Kini
Comments are closed.
Comments
Penaja Utama
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Apabila Ayah Dan Anak Memiliki Bilik Game Bawah Tanah
- Ngeri! Letupan Kilang Mercun Paling Dahsyat Dalam Sejarah Malaysia
- Pelik! Pokok Jagung Ini Berbuah Pisang
- Insaf! Kisah Pak Cik Yang Dihina Kerana Busuk
- Gempar! Lelaki Buta Marah Air Asia Di Lapangan Terbang
- Pelik! Lukisan Ini Dikatakan Bernilai USD$44 Juta (4 Foto)
- Pelik! Mengapa Semua Bangku Di Sini Berpaku
- Ngeri! Kemalangan Maut Putus Kepala Di MRR2 (7 Foto)
- Mengancam! Bas Unik Menggunakan Kaki (Menarik!)
- Gempar! Penumpang Air Asia Dihalang Menaiki Pesawat (Panas!)
- Subhanallah! Batu Gergasi Paling Seimbang Di Dunia (5 Foto)
- Subhanallah! Batu Berbentuk Ombak Laut Di Australia (4 Foto)
- Senarai Menteri Kabinet 2013 Pilihan Dato’ Seri Najib?
- Gempar! Tsunami Ombak Ais Yang Mengerikan (8 Foto)
- Siapakah Yang Mengasaskan Kedai Sukan Al-Ikhsan? (Menarik!)
- Cara Hilangkan Gula Getah Yang Melekat Di Seluar (Menarik!)
- Unik! Adakah Ini Jalan Paling Curam Di Dunia? (8 Foto)
- Biar Betul! Tayar Basikal Ini Boleh Dilipat (6 Foto)
- Gempar! Bangkai Raksasa Laut Terdampar Di New Zealand (5 Foto)
- Pelik! Mengapa Kanak-Kanak Ini Bertopeng? (8 Foto)
- Mengancam! Bina Pondok Atas Menara Batu (6 Foto)
- Gempar! Pembaca Berita Kena Pecat Serta Merta
- 7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel (Menarik!)
- Biar Betul! 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu
- Gempar! Rakaman Pokok Menjerit Bila Ia Dahaga
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.






takziah kepada keluarga mangsa semoga benda nie jadi pengajaran kepada kita
Betul…pengajaran supaya kita lebih berhati2..