Saf Sembahyang Berjemaah

| April 8, 2012

Melayukini.net – Saf Sembahyang Berjemaah | Setiap kali kita ingin mendirikan solat berjemaah, Imam sudah semestinya akan mengingatkan para jemaah supaya merapatkan saf di antara satu sama lain. Namun demikian, ada juga yang tidak mengendahkan peringatan tersebut. Maka apa yang terjadi adalah saf jemaah tidak terurus.  Namun ada yang bertanya apakah hukum sembahyang jemaah jika saf terputus. Jom ikuti persoalan di bawah ini.

Soalan :

Assalamualaikum,
Ingin saya bertanya tentang seseorang yang bersembahyang berjemaah tetapi tidak berada di dalam saf, atau sengaja membiarkan saf terputus (kosong).

1. Apakah hukum sembahyang bagi jemaah yang terputus safnya.
2. Apakah cara terbaik untuk kita memberitahu makmum tersebut supaya merapatkan saf.

Terima kasih. Wassalam.

Jawapan :

1. Hukum sembahyang berjemaah sah tetapi kurang sempurna.

2. Cara memberitahu makmum mengenai merapatkan saf melalui teguran secara bijaksana bukan dengan cara kasar. Sekiranya ada ruang dan masa adalah lebih baik maklumkan tentang kebaikan merapatkan saf dan kekurangan jika tidak mematuhi sebagaimana yang diajar oleh Islam.

Melayukini.net - Jika terdapat jemaah yang keluar daripada saf.  Kita hendaklah bergerak ke kanan sambil melangkahkan kaki ke kanan sambil merapatkan saf. Ia bertujuan agar saf tidak terputus dari jemaah yang lain.

P.S. I – Cara Rawatan Resdung Moden. Berkesan!
P.S. II – Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012
P.S. III – Menakjubkan!!! Saintis temui tasik ais batu gergasi di Planet Marikh. Jom tengok!

Sumber: Soal Jawab JAIS | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Comments are closed.