Pramugari Ditiduri Hantu Raya (Seram!)
![]() |
Seorang pramugari telah diganggu dan ditiduri oleh makhluk halus. Makhluk halus tersebut dipercayai sebagai hantu raya yang pernah disebut nenek moyang kita suatu ketika dahulu.
By Shah
On April 16, 2012 At 4:30 pm
Category : Fakta dan Informasi
Tags : diganggu hantu raya, diganggu makhluk aneh, diganggu makhluk halus, diganggu makhluk pelik, dirasuk hantu raya, Fakta dan Informasi, gambar hantu raya, Gangguan, Hantu, hantu raya, hantu raya mengganggu, kena ganggu dengan hantu raya, kisah hantu raya, kisah hantu raya yang seram, kisah seram hantu raya, makhluk, pramugari ditiduri hantu raya, siapa hantu raya
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- Fakta! Mengenai Pilihan Raya Umum Di Malaysia (Menarik!)April 24, 2013
- Misteri! Kereta Terbabas Gara-Gara PocongMarch 9, 2013
- Ngeri! Pipi Koyak Kerana Air Tin BekuFebruary 28, 2013
- Seram! Penduduk Diganggu Kelibat PocongOctober 24, 2012
- Pelik! Gadis Ini Sering Diganggu Api MisteriSeptember 15, 2012
Melayukini.net – Pramugari Ditiduri Hantu Raya |Sejak dari dulu lagi, kita telah dihidangkan dengan kisah pelbagai jenis hantu antaranya hantu langsuir, hantu galah dan hantu raya. Di bawah ini adalah satu dari sebuah kisah benar mengenai seorang pramugari yang telah ditiduri oleh hantu raya. Sepasukan ahli perubatan Islam hadir untuk membantu membuang gangguan tersebut. Jom baca kisah di bawah ini.

Cuaca pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Putus tunang
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.
Melayukini.net - Bagi mengelakkan kita diganggu semasa tidur, amalkan bacaan ayataul kursi, bacaan tiga qul, dan jangan lupa membaca doa sebelum tidur. Apa yang paling penting,pastikan kita tidur dalam keadaan berwudu’. Insha Allah jangan lupa amalkan.
P.S. I – Gempar Langsuir Bertenggek di Palung Air di Taman Kulim Perdana
P.S. II – Anakku Diliwat, Dirogol dan Didera
P.S. III – Menakjubkan!!! Saintis temui tasik ais batu gergasi di Planet Marikh. Jom tengok!
Sumber: Harian Metro Online | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net
Penaja Utama
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Luar Biasa! Kupas Kulit Kelapa Hanya Guna Gigi (Foto)
- Lebuhraya Padang Pasir Terpanjang Di Dunia (9 Foto)
- Apabila Ayah Dan Anak Memiliki Bilik Game Bawah Tanah
- Ngeri! Letupan Kilang Mercun Paling Dahsyat Dalam Sejarah Malaysia
- Pelik! Pokok Jagung Ini Berbuah Pisang
- Insaf! Kisah Pak Cik Yang Dihina Kerana Busuk
- Gempar! Lelaki Buta Marah Air Asia Di Lapangan Terbang
- Pelik! Lukisan Ini Dikatakan Bernilai USD$44 Juta (4 Foto)
- Pelik! Mengapa Semua Bangku Di Sini Berpaku
- Ngeri! Kemalangan Maut Putus Kepala Di MRR2 (7 Foto)
- Mengancam! Bas Unik Menggunakan Kaki (Menarik!)
- Gempar! Penumpang Air Asia Dihalang Menaiki Pesawat (Panas!)
- Subhanallah! Batu Gergasi Paling Seimbang Di Dunia (5 Foto)
- Subhanallah! Batu Berbentuk Ombak Laut Di Australia (4 Foto)
- Senarai Menteri Kabinet 2013 Pilihan Dato’ Seri Najib?
- Gempar! Tsunami Ombak Ais Yang Mengerikan (8 Foto)
- Siapakah Yang Mengasaskan Kedai Sukan Al-Ikhsan? (Menarik!)
- Cara Hilangkan Gula Getah Yang Melekat Di Seluar (Menarik!)
- Unik! Adakah Ini Jalan Paling Curam Di Dunia? (8 Foto)
- Biar Betul! Tayar Basikal Ini Boleh Dilipat (6 Foto)
- Gempar! Bangkai Raksasa Laut Terdampar Di New Zealand (5 Foto)
- Pelik! Mengapa Kanak-Kanak Ini Bertopeng? (8 Foto)
- Mengancam! Bina Pondok Atas Menara Batu (6 Foto)
- Gempar! Pembaca Berita Kena Pecat Serta Merta
- 7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel (Menarik!)
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.






Komen Terbaru