Misteri Kemayan City Di Johor Bahru (Seram!)

| April 21, 2012
 

Melayukini.net – Misteri Kemayan City Di Johor Bahru | Kisah kali ini adalah di kawasan Johor Bharu. Orang Johor Bharu terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai dan sebagainya tentunya mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ia  dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.

Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya.

Melayukini.net - Kesahihan mengenai bangunan ini penuh dengan misteri sukar dipastikan. Mungkin ada di antara anda pernah melihat bandungan mall ini, atau terutamanya yang tinggal di Johor Bharu. Tetapi tidak boleh disangkal lagi, tempat yang kosong atau lama ditinggalkan sudah semestinya akan dihuni oleh makhluk halus. Cuma persoalan timbul, sebenarnya Kemayan City ini pernah beroperasi sebelum ini atau tidak.

P.S. I – Hukum Mencukur Bulu Kening dan Bulu di Kaki. Penting!
P.S. II – Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012
P.S. III – Menakjubkan!!! Saintis temui tasik ais batu gergasi di Planet Marikh. Jom tengok!

Sumber: Tengku Nizam | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • kemayan city mall
  • misteri kemayan city
  • kemanyan city
  • kemayan city johor bahru
  • sejarah pembangunan kemayan city
  • kamayan city johore bahru
  • Kemayan City Johor Bharu
  • Kemayan City – Johor Bahru
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments (12)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Edward says:

    Kemayan City ni dulu pernah beroperasi kejap je,tahun 1998 tu lah tahun last,ayah saya pernah cerita juga sebab dia buat renovation dekat beberapa business lot dalam Kemayan CIty
    #Nama pun dah macam kemenyan

  2. Shah says:

    Terima kasih Edward kerana berkongsi.
    hehe, itulah nama pun macam kemenyan.. Tanah itu mesti ada pemilik, jadi hartanah di situ mungkin tinggi nilainya.

  3. khaszmie says:

    mall ni x sempat beroperasi la .. mall ni hampir siap semasa kegawatan ekonomi 98 dulu .. so terbiar macam tu je ..

  4. Shah says:

    Haha mana satu betul ini.. huhu

  5. Rossie says:

    adoii…menyeramkan juga.
    tp..memang tak dpt disangkal…tempat2 yg terbiar,,,
    lama2 blh jd tmpt tinggal makhluk halus.

  6. yaya says:

    sebenarnya mall ni tak pernah beroperasi langsung.. nak katakan siap pon tak juga… g pon before nie pernah keluar dlm paper, ada mat gian pernah mati kat lorong lif salah satu dlm mall ni…

  7. adiq says:

    jln potong umah aku ni.. klo da lwt mlm mmg ikt jln lain r. xbrani lalu,seram!! & mmg bgunan xsiap pon.. skrg ni de kondo br nk wat b’sblhn btl ngan kemayan city ni. spe r yg belikn.. hr2 ler view pusara kemayan city ;)

  8. faizal says:

    Pandai lah ko edward…kemayan city xpernah beroperasi…mmg dari dulu terbengkalai…

  9. alya says:

    sebenarnya x penah beroperasi .. sbb x sempat siap pon…

  10. Ajieb Rayyan says:

    Sokong khaszmie dan yaya…mall nie mmg tak pernah siap pun…jadi port mat gian sampailah ada mat gian yang mati dalam lubang lif..tu semua gara2 curi besi nak buat modal.apa pun tahniah kepada siapa yang beli condo sebelah tu…dgr khabarnya pemaju tu dah beli bangunan mall nie

  11. qied says:

    mmg tak penah hidop ponn mall ni. kalau tak caye masok sendiri mall tu pastu tengok,,takde ponn kesan2 dh beroperasi. luaran je ponn dh nampak tak siap. beza dulu dgn skrg–dulu ade cermin tingkap..tp skrg dh xde dgn kekisi2 sekali sbb kene rembat ngan mat gian. tmpt tu dikatakn meriah sbb ade flyover yg dulu ramai org gune. tp skrg dh tak jam lg kat flyover tu..org ramai guna flyover yg baru siap. lgponn flyover tu jalan persendirian..kerajaan tak bertanggungjawab.
    #kalau lalu maghrib2 naik motor,,rase sejuk tetibe bile masok flyover tu.

  12. pokdey77 says:

    Edward > Kemayan City memang belum beroperasi. Aku duduk dekat dengan tempat nih, Taman Munsi Ibrahim, tampoi dari tahun 1991 sampai 2001.