Membaca Basmalah Di Awal Surah At-Taubah

| April 7, 2012

Melayukini.net – Membaca Basmalah Di Awal Surah At-Taubah | Membaca basmalah di awal surah At-Taubah sememangnya amat dilarang sekali dalam pembacaan al-Quran. Dalam kitab Taqribul Ma’ani, dalam bab basmalah, bait yang keenam turut mengatakan bahawa tiada Imam qurra’ yang membaca basmalah di awal surah At-Taubah. Untuk mengetahui lebih lanjut, jom ikuti persoalan mengenai basmalah ini.

Soalan   : 

Assalamualaikum Dato’,

Saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada Dato’. Mengapakah kita dilarang membaca Bismillah pada awal permulaan Surah Attaubah, dan apakah hukumnya jika kita membacanya ?

Sekian terimakasih.

Jawapan     :

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

Kalimah basmalah tidak ditulis dipermulaan Surah Attaubah (al-Bara’ah) kerana para sahabat Nabi tidak melakukannya begitu juga para tabi’in kecuali dalam Mushaf peribadi Abdullah bin Mas’ud. Dikatakan juga bahawa Surah atTaubah dan surah sebelumnya iaitu Surah al-Anfal adalah satu di mana isinya serupa dan sejalan manakala Nabi SAW. pula tidak meninggalkan pesan yang khas tentang penyusunan kedua surah ini. Maka tiadalah basmalah padanya.(sila rujuk tafsir al-Azhar untuk penjelasan lanjut)

Sekian, wassalam.

Melayukini.net - Secara jelas basmalah tidak dibaca di awal surah At-Taubah. Mengikut sejarah yang tertulis dalam kitab Taqribul Ma’ani muka surat 41, surah ini diturunkan ketika dalam peperangan(tidak aman), maka bacaan basmalah ini tidak sesuai di baca di awal surah tersebut. Wallahu’alam.

P.S. I – Gempar Langsuir Bertenggek di Palung Air di Taman Kulim Perdana
P.S. II – Anakku Diliwat, Dirogol dan Didera
P.S. III – Menakjubkan!!! Saintis temui tasik ais batu gergasi di Planet Marikh. Jom tengok!

Sumber: Mufti Melaka | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • hukum nembaca basmallah pd surah al a\raf
  • kegunaan surah al taubah
  • mengapa dilarang baca bismillah dalam surah at-taubah

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Comments are closed.