Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong (Seram!)

| April 10, 2012
 

Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong | Mak mertua penulis ada mengatakan yang Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan premis TESCO itu. Terima kasih kepada Kedah2U, akhirnya penulis menemukan sebab kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu.

Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi.

Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong. Menurut keterangan beberapa pekerja TESCO Mergong, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam.

Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang dia sering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejuk apabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.



Lagi Cerita Seram:

1. Imej Wanita Seram Pada Pokok Di Kedah
2. Cerita Hantu – Kaki Mencari Badan (Seram!)
3. Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat
4. Pengalaman Ustaz Urus Jenazah Berdosa (Seram!)

Melayukini.net – Percaya tentang adanya makhluk ghaib merupakan salah satu dari rukun iman. Tetapi takutkan makhluk ghaib ini lebih dari takutkan Allah boleh jatuh hukum syirik. Semoga kita semua terselamat dan terpelihara dari dosa syirik. Tiada yang boleh memudaratkan kecuali hanya dengan izin Allah.


Sumber: Kedah 2U | Layari Kisah Seram Informasi Melayu Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • kisah kedai berhantu
  • gambar tesco mergong
  • kerja kosong kedai pemborong di alor star
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (10)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. razfira says:

    wowww..boleh tahan la seram

  2. Tu la…dengar2 nye dia kacau budak kecik je..

  3. anonymous says:

    kalau tengok2 blik,satu kubur laki satu kubur pmpuan..ada kisah lain disebalik tu x..?kot la pasangan suami isteri yang meninggal saat menantikan kelahiran anak yang dikandung isteri ke..boleh jadi kan..sbb dya kacau budak2 je..

  4. budak aloq staq says:

    tempat tu dlu depa panggil kampung batin.,,aku slalu lalu kubuq tu waktu balik ngaji kecik2 dlu..,,memang terkenal dgn org ramai nmpak “benda” kat stu..,,aku pon pernah nmpak skali ada pompuan dok tunggu tepi kubuq waktu senja2 nk maghrib..,,ketaq habih lutut aku tros cabut lari..,,smpai laa aku ingat psai benda nie..,,

  5. haniza binti mastam says:

    Dah pi tesco ok je.

  6. katon says:

    bila masa pulak percaya kpd makhluk ghaib termasuk rukun iman ?

    (1) Beriman kepada ALLAH SWT
    (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
    (3) Beriman kepada Kitab-kitab
    (4) Beriman kepada Rasul-rasul
    (5) Beriman kepada Hari Kiamat
    (6) Beriman kepada Qada dan Qadar

  7. ALLAH berfirman yang bermaksud: “(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,”(Surah al-Baqarah, ayat 3).

    Salah satu ciri orang bertakwa kepada Allah ialah beriman kepada perkara ghaib. Istilah ghaib bermaksud sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasai pancaindera manusia yang lima kerana ia terlalu jauh atau pancaindera manusia tidak berupaya menjangkauinya.

    Walaupun tidak dapat dilihat atau dirasai oleh pancaindera yang lima, manusia mengakui serta meyakini perkara ghaib dengan jalan pemerhatian dan fikiran berdasarkan dalil yang boleh diterima akal sempurna seperti wujud Allah dan sifat-Nya, malaikat, hari akhirat, syurga dan neraka.

    K thx bye..

  8. mek says:

    apa misteri nya memang situ kawasan kubur, memang ada kubur kat situ, itu kawasan perkuburan,

  9. izzan akmal says:

    ini kubur moyang aku =..=