Hukum Memakan Harta Anak Yatim

| April 25, 2012

Melayukini.net – Hukum Memakan Harta Anak Yatim | Kes memakan harta anak yatim kebiasaannya melibatkan penjaga anak yatim yang tidak amanah. Di samping itu, ia juga terjadi kepada pemegang amanah yang tidak jujur lebih-lebih lagi jika anak yatim tersebut masih belum lagi mencapai umur 18 tahun. Tetapi apakah hukum sebenar memakan harta anak yatim dengan sengaja. Jom ikuti persoalan di bawah ini.

Soalan:
Seseorang yang sentiasa memakan harta anak yatim,tanpa pengetahuan anak-anak tersebut tetapi menunaikan umrah dan sentiasa mendirikan ibadat solat. Adakah segala amalannya ini di berkati Allah  sedangkan dia seorang yang terlalu arif tentang agama?

Is, Seremban

Jawapan:
Memakan harta anak yatim secara tidak hak adalah dosa besar, namun jika diambil dengan ketentuan untuk proses penjagaannya atau sebagai upah penjagaannya tidak mengapa. Dengan syarat tidak melebihi dari ketentuan yang dibolehkan syarak. Jika seseorang yang menjaga anak yatim kemudian mengambil harta mereka dengan cara zalim iaitu mengambil dengan sesuka hatinya bahkan tanpa izin dan diketahui oleh anak tersebut maka laknat Allah akan menimpa orang tersebut. Banyak ayat Al Quran dan hadis Rasulullah SAW menjelaskan tentang seksaan dan balasan bagi orang yang memakan harta anak yatim dengan cara zalim ini.

Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim itu secara zalim, sama dengan memasukkan api ke dalam perut mereka. Dan mereka yang demikian akan ditempatkan di dalam neraka Sa’ir”. (An Nisa’ 10)

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:”Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Empat perkara yang Allah berhak untuk tidak memasukkan orang-orang tersebut ke dalam syurga dan tidak memberikan kenikmatan kepada mereka, iaitu orang yang menjadi pecandu minuman keras, pemakan riba, pemakan harta anak yatim secara tidak sah dan anak yang derhaka kepada ibu bapanya”.

Mengenai amalan yang dimaksudkan hanya Allah saja yang mengetahui apakah amalannya tersebut diterima ataupun sebaliknya. Mungkin juga pada zahirnya kita melihat bahawa orang tersebut memakan harta anak yatim yang dijaganya padahal ia menggunakan hartanya sendiri. Perkara ini sukar untuk kita tentukan yang jelas jika ia memakan harta anak yatim itu dengan cara zalim bukan atas keredhaan anak tersebut maka hukumnya haram dan berdosa. Namun begitu kita dituntut agar berbaik sangka dan menghindarkan perbuatan buruk sangka kerana yang demikian menyelamatkan kita daripada sifat yang tercela (fitnah).

Melayukini.net - Besar pahalanya jika kita memlihara anak-anak yatim. Sesunguhnya kita yang mempunyai ibu dan ayah sugguh beruntung kerana menerima kasih sayang. Tetapi mereka? Dari kecil hanya mengharapkan belaian kasih sayang orang disekelilingnya. Semoga kita dijauhkan dari fitnah.

P.S. I – Gempar Langsuir Bertenggek di Palung Air di Taman Kulim Perdana
P.S. II – Anakku Diliwat, Dirogol dan Didera
P.S. III – Menakjubkan!!! Saintis temui tasik ais batu gergasi di Planet Marikh. Jom tengok!

Sumber: Darul Numan | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • hukum makan harta anak yatim
  • hukum memakan harta anak yatim
  • anak anak yatim melayu bawah 12 tahun
  • anak yatim
  • harta anak yatim
  • hukum pakai harta ank yatim

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.