Hukum Makan Makanan yang Tidak Disembelih Cara Islam

| April 27, 2012

Melayukini.net – Hukum Makan Makanan yang Tidak Disembelih Cara Islam | Di Malaysia isu halal bukanlah suatu isu yang baru diketengahkan, tetap ia sudah menjadi isu yang lama dibangkit. Antaranya terdapat pelbagai pusat penyediaan makanan, pusat penyembelihan tidak menjalankan mengikut seperti apa yang digariskan oleh Islam. Oleh kerana itulah, sebagai pengguna kita perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan bimbang makanan yang disediakan tidak disembelih cara Islam. Jom ikuti soal jawab mengenai persoalan di bawah ini.

Soalan:

Saya bekerja dikapal yang belayar diserata dunia. Makanan daging dan ayam dikapal tidak disembelih secara islam ,kerana pelabuhan yang disinggahi adalah negara yang tidak langsung ada daging yang halal. Kapal terpaksa membeli kerana pelayaran kami dilautan memakan masa berbulan bulan dan pelabuhan berikutnya tidak juga memungkinkan mendapat makanan daging halal. Bagaimanakah hukum orang islam yang terpaksa makan daging yang tidak disembelih itu. Makanan lain saperti sayur dan ikan adalah terhad dan tiada bekalan yang mencukupi?

Roslan ,KL

Jawapan:

Memakan makanan yang tidak disembelih hukumnya sama dengan memakan bangkai, sedangkan memakan bangkai itu hukumnya haram. Kecuali dalam keadaan darurat maka makanan yang haram tadi hukumnya harus untuk dimakan. Yang dimaksudkan dengan darurat disini seperti dalam berjuang, menempuh perjalanan yang panjang serta dalam keadaan lain yang bukan bertujuan untuk berbuat maksiat.

Namun dalam masalah pekerjaan bukanlah termasuk dalam kategori darurat, kerana masih banyak pekerjaan lain yang dapat menyelamatkan diri kita daripada memakan yang tidak disembelih cara Islam. Kecualilah tidak ada pilihan lain, dan itu satu-satunya pekerjaan yang ada, namun begitu kita dituntut merasa tidak redha memakan benda yang haram tadi. Berusahalah untuk membetulkan kehidupan ke jalan yang benar dan diredhai Allah, kerana makanan yang kita makan itu akan menjadi darah daging.

Melayukini.net - Sebagai peringatan untuk diri kita, sesungguhnya makanan yang haram sudah tentu akan menimbulkan mudarat dalam diri kita bahkan di akhirat kelak akan dicuci dengan api neraka. Oleh sebab itu sebelum ia berlarutan berusahalah untuk menghindarinya agar kehidupan kita diberkati Allah di dunia dan akhirat, insya Allah.

P.S. I – Cara Mengatasi Rambut Gugur. InsyaAllah mujarab!
P.S. II – Menakjubkan! Pernah tengok tak gambar langit dunia runtuh?Jom kita saksikan!
P.S. III – Menakjubkan!!! Saintis temui tasik ais batugergasi di Planet Marikh. Jom tengok!

Sumber: Darul Numan | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • hukum makan ayam tak sembelih
  • hukum makan makanan yang tidak disembelih
  • Hukum memakan hati binatang yang tidak disembelih
  • larangan makan binatang yang tidak di sembelih
  • sebab larangan makan daging binatang yang tidak disembelih
  • sebab larangan makan daging yang tidak disembelih

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.