Bulu Kucing Membatalkan Sembahyang

| April 4, 2012

Melayukini.net – Bulu Kucing Membatalkan Sembahyang | Sebagai seorang pemilik kucing, kita mesti tidak terlepas dari gangguan kucing yang suka menggeselkan badannya di kaki kita. Untuk menentukan sama ada ia membatalkan sembahyang ataupun tidak, eloklah kita bertanyakan kepada ustaz. Jangan risau, kali ini Melayukini.net akan membawakan kepada anda mengenai persoalan adakah kucing itu boleh menyebabkan seseorang itu terbatal sembahyangnya. Adakah kucing dikategorikan sebagai najis?

Soalan :

Setiap kali bersembahyang, kucing saya mesti duduk di atas sejadah atau di depan saya. Walaupun berkali-kali dikeluarkan, dia tetap masuk dan duduk di hujung sejadah. Saya kerap berdoa supaya dia tidak mengganggu saya bersembahyang dan dalam hati saya berniat bahawa saya tidak menyembahnya (kerana kucing itu duduk di depan sejadah). Ini menimbulkan kebimbangan dan rasa was-was, bimbang solat saya tidak diterima Allah.

Apa pandangan Datuk mengenai hal ini?

Jawapan :

Kucing bukan najis dan tidak membatalkan solat jika duduk di hujung sejadah, kecuali jika dia membawa najis bersamanya. Bagaimanapun, kehadirannya mungkin mengganggu khusyuk dan konsentrasi. Niat mesti betul bahawa tuan menyembah Tuhan dan bukan apa-apa objek di depan tuan.

Cuba dikurung sekejap kucing di bilik bila tuan hendak menunaikan solat atau solat di dalam bilik tertutup supaya kucing tidak mengganggu kekhusyukan. Khusyuk adalah inti pati solat.
—————————————————
—————————————————

PERHATIAN : Kami dari Melayukini.net, menganggap jawapan di atas adalah jawapan yang diberikan oleh Dr Mashitah Ibrahim sedikit mengelirukan. Persoalan yang dibangkitkan oleh saudara tadi adalah berkenaan dengan seekor kucing yang berada dihujung sejadah.

Cuma kenyataan mengatakan kucing bukan najis dan tidak membatalkan solat sedikit bertentangan kerana, mengikut Mazhab Syafie dan Hambali, bulu kucing yang melekat di seluarnya contohnya, tetap dikira sebagai najis dan tidak sah dibawa ke dalam solat. Tidak kiralah bulu itu dari kucing yang mati ataupun masih hidup.

Cuma pendapat dari mazhab Hanafi dan Maliki sahaja yang menganggap ia bukan najis.

Walllahualam.

Melayukini.net - Admin sengaja membangkitkan isu ini kerana artikel ini diambil dari laman web Soal Jawab JAIS. Jadi bimbang ada yang terkeliru dengan jawapan Dr Mashitah. Semoga penjelasan ini dapat membuka sedikit ruang kepada kita mengenai bulu kucing dikira najis ataupun tidak. Perselisihan pendapat terkandung hikmah disebaliknya.

Sumber: Soal Jawab JAIS | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • hukum bulu kucing dalam solat
  • hukum kucing duduk atas sajadah
  • setiap bulu kucing dikira

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. kinah says:

    Assalam.
    macam mana pula dengan kisah abu hurairah yang memotong jubahnya sehabis solat kerana bimbang kucing akan terjaga? adakah beliau mengqada’ solat tersebut?
    sekadar pertanyaan.
    harap dijelaskan?