BERSIH 3.0 – Kereta Polis Diterbalikkan (Video)

mee

Sebuah kereta peronda milik pihak polis telah diterbalikkan oleh sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0. Difahamkan tindakan tersebut berlaku selepas didakwa melanggar peserta di situ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH 3.0 – Kereta Polis Diterbalikkan (Video) | Hampir jam 4 petang tadi, kelihatan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin pembangkang sudah beredar dari tempat Perhimpunan BERSIH 3.0. Mereka juga telah meminta peserta supaya turut beredar dari tempat tersebut. Di Jalan TAR pula sekumpulan orang ramai yang marah, mula bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ. Video boleh ditonton di atas.

Sekitar laporan BERSIH 3.0 semasa yang terkini.

5:01pm JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai.

5.03pm JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

455pm JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk.

4.45pm Pistol polis dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis.

4.19pm Jalan TAR – Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

4.10pm – Jalan TAR – Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka. FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.

Sebelum berlakunya kekecohan, dilihat peserta perhimpunan dan pihak polis begitu mesra, ada yang mengambil gambar bersama sebagai kenangan dan lain-lain lagi.

Tentang Bersih 3.0 :

1. 6 Lokasi Utama Titik Perhimpunan Bersih (Gathering Point)
2. 30000 Banjiri Dataran Merdeka! (7 Gambar)
3. Sekitar Perhimpunan Bersih Yang Terkini

Sumber: Malaysia Kini | Koleksi Berita Politik Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.