Syarat Wuduk Dua Kolah Air Mutlak

| March 28, 2012
 

Melayukini.net – Syarat Wuduk Dua Kolah Air Mutlak | Jika pada hari Jumaat, kita dapat melihat pelbagai jenis ragam masyarakat berbaris mahu mengambil air wudhu’. Seperti kebiasaannya di masjid-masjid sudah menyediakan kemudahan saluran paip, tetapi ada juga yang menyediakan platform seperti air kolam. Namun syaratnya perlu lebih daripada dua kolah. Bagaimana kita mahu mengetahui adakah air tersebut dua kolah ataupun tidak. Jika air yang ditakung itu tidak cukup dua kolah, bermakna ia tidak dikira air mutlak kerana ia bukan lagi jenis air yang suci lagi menyucikan. Ikuti persoalan mengenai syarat dua kolah air mutlak.

Soalan  :

Apakah yg dimaksudkan dengan 2 kolah seboleh-bolehnya untuk mengambil wuduk? Bagaimanakah wudhu’ sekiranya tidak cukup 2 kolah?

Jawapan :

Dua kolah ialah ukuran air yang bersamaan dengan 11 tin minyak tanah atau bersamaan juga 275 kilo.

Mengambil wudhu’ dengan mencelup ke dalam air yang tidak cukup 2 kolah adalah tidak sah kerana air berkenaan menjadi air mustakmal. Oleh itu hendaklah mengambil air sembahyang dengan menggunakan cebuk/gayung.

Melayukini.net - Ada juga kes yang mana ada seorang lelaki mencedok air daripada air takungan (dari dalam kolam) dengan menggunakan gayung. TETAPI ia mencedok pula air dari dalam gayung tersebut menggunakan tangan. Maka ia tidak sah, kerana air yang bertakung itu tidak cukup dua kolah.

P.S. I – Menakjubkan! Pernah tengok tak gambar langit dunia runtuh? Jom kita saksikan!
P.S. II – Servis perkahwinan di angkasa. Nak cuba tak? Jom kita baca!
P.S. III – Menakjubkan!!! Saintis temui tasik ais batu gergasi di Planet Marikh. Jom tengok!

Sumber: Soal Jawab JAIS | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • air dua kolah sah ambil wuduk
  • ambil wuduk dari cebuk
  • ukuran kolah wuduk
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.