Pusingan Haid Tidak Normal

| March 14, 2012

Melayukini.net – Pusingan Haid Tidak Normal |  Mendapat implikasi pusingan haid tidak normal menjadi masalah yang sering dihadapi oleh ramai golongan wanita. Permasalahan ini adakalanya menyebabkan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dilakukan seperti melakukan ibadat dan sebagainya. Jadi jom ikuti apakah persoalan mengenai pusingan haid tidak normal.

Soalan :

Saya inginkan penjelasan berkenaan masalah kesahihan puasa saya. Saya mengalami masalah pusingan haid yang tidak normal. Sehingga kini sudah hampir setahun saya tidak mendapat haid. Mengikut doktor ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan saya yang juga menyebabkan saya mengalami penyakit Thyroid.

Untuk pengetahuan Dato’ saya kini di dalam proses pengambilan ubat untuk jangka masa yang panjang. Doktor juga mengesahkan saya akan mendapat haid semula apabila hormon tersebut beransur seimbang. Masalah saya sekarang ialah 3 hari yang lepas saya dapati ada sedikit tompok yang menyerupai darah tersebut tapi saya masih meneruskan puasa kerana tidak pasti. Hari berikutnya darah tersebut tiada tetapi semalam darah tersebut datang lagi dan ianya hanya datang pada waktu petang sahaja. Saya merasa was-was dan ini menyebabkan saya berkeputusan untuk tidak berpuasa pada hari ini. Saya berharap mendapat penjelasan jenis apakah darah ini samada penyakit ataupun haid. Bagaimana pula dengan puasa dan solat saya.

Jawapan :

Untuk makluman puan, masa haid paling sedikit dalam tempoh sebulan ialah sehari semalam, kebiasaannya enam hari enam malam atau tujuh hari tujuh malam dan sebanyak-banyaknya 15 hari 15 malam. Terdapat juga seseorang perempuan hanya satu kali haid seumur hidupnya. Oleh itu puan yang hampir setahun tidak datang haid bukanlah satu perkara yang luar biasa. Keterangan menurut pemeriksaan ulama- ulama dimasa dahulu yang dinamakan “Istiqra”.

Untuk soalan berikutnya, sebagaimana dimaklumkan darah yang keluar dari rahim perempuan ada tiga jenis. Pertama ialah darah haid. Kedua ialah darah Nifas. Ketiga ialah darah penyakit (Istihadhah). Dalam sebuah hadis dari Aishah r.a., sesungguhnya Fatimah binti Abi Hubaisy telah berdarah penyakit, lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya: “ Sesungguhnya darah haid itu hitam warnanya, ia di kenal oleh kaum perempuan, maka apabila ada darah semacam itu hendaklah engkau tinggalkan sembahyang. Apabila keadaan darah tidak seperti itu hendaklah engkau berwudhu dan sembahyang”. Riwayat Abu Daud dan Nasai.

Menurut ahli Feqah, kalau seseorang tidak dapat membezakan darah haid dan darah penyakit dan waktu haidnya yang biasa tidak menurut waktu tertentu, atau ia lupa waktunya, maka hendaklah dijadikan masa haidnya sebagai kebiasaan kebanyakkan perempuan dalam hal semacam itu, iaitu enam atau tujuh hari. Maka ia hendaklah meninggalkan sembahyang dan ibadat yang lain seperti puasa dalam masa enam atau tujuh hari tiap-tiap bulan. Selain dari waktu yang ditentukan itu dirinya adalah dikira suci, maka ia wajib sembahyang dan melakukan ibadat yang lain selama 23 atau 24 hari tiap-tiap bulan.

Melayukini.net -  Maka, sekiranya kitaran haid tidak normal, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor bagi menangani masalah ini. Bimbang jika terdapat sebarang implikasi mengenai permasahan ini.

Sumber: Mufti Melaka | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • haid
  • tentang darah haid

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Comments are closed.