Perubatan Islam – Mandi Daun Bidara

| March 2, 2012

Perubatan Islam – Mandi Daun Bidara | Dalam perubatan Islam, daun bidara sering digunakan sebagai bahan dalam perubatan sihir. Sekiranya kita terkena buatan orang seperti sihir, daun bidara lah yang akan digunakan. Di antara bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan Islam ialah daun bidara yang ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan air doa lalu diminumkan sebahagian, dan sebahagian lagi untuk mandi.

Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,

“Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.”

Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.

Cara Menggunakan Daun Bidara:

  1. Ambil 7, 9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
  2. Tumbuk dan dihaluskan.
  3. Letakkan daun bidara yang telah dilauskan tadi ke dalam sebuah gelas.
  4. Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
  5. Membaca al-Fatihah dan Selawat.
  6. Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
  7. Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
  8. Baki 2/3 digunakan untuk mandi.

Cara Mandi dengan Daun Bidara:

  1. Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
  2. Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
  3. Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
  4. Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.

Melayukini.net - Selain itu juga, sebagai pendinding diri dari gangguan sihir, kita hendaklah sentiasa mengamalkan bacaan ayatul kursi kerana ayat ini amat ditakuti oleh syaitan. Amalkan membaca ayatul kursi setiap masa lebih-lebih lagi selepas waktu solat fardhu. Wallahualam.

Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • daun bidara dalam perubatan islam
  • khasiat daun bidara dalam perubatan islam
  • cara mandi air daun bidara
  • hukum mandi daun bidara di waktu maghrib
  • keistimewaan pohon bidara versi islam
  • khasiat daun bidara kumpulan tips

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Comments are closed.