Khasiat Buah Betik (Menarik!)

| March 10, 2012
 

Khasiat Buah Betik (Menarik!) | Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi.

Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.

Melayukini.net - Untuk mendapatkan kenikmatan makan buah betik, makanlah betik yang telah disejukkan sedikit dengan ais. Betik sememangnya berkhasiat dan sangat manis dimakan. Apa lagi jom dapatkan buah betik sekarang.

Sumber: Sihat Selalu | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • buah betik
  • karangan buah betik
  • khasiat buah betik untuk lelaki
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.