Kaedah Samak Dalam Rumah

| March 30, 2012

Melayukini.net – Kaedah Samak Dalam Rumah  | Sekiranya kita berpindah ke rumah baru, perkara yang paling utama untuk diketahui adalah siapakah pemilik sebelumnya. Adakah pemilik sebelum ini merupakan pembela haiwan seperti anjing. Sekiranya ya, bagaimanakah cara untuk menyamaknya? Adakah ia perlu disamak? Hal ini kerana najis anjing merupakan termasuk dalam hukum najis mughalazah iaitu najis yang berat. Jom ikuti persoalan mengenai menyamak dalam rumah di bawah ini.

Soalan :

Bagaimanakah cara menyamak rumah yang sebelum ini dimiliki dan didiami oleh seseorang berbangsa cina? Bahagian manakah yang perlu disamak sama ada lantai sahaja atau keseluruhan rumah tersebut?

Jawapan :

Menyamak rumah yang disyaki terkena najis berat hendaklah menyamak iaitu membasuh dengan satu kali air bercampur tanah liat dan 6 kali air bersih di tempat-tempat yang disyaki terkena najis seperti di lantai dan di dinding bahagian bawah sahaja.

Melayukini.net - Sekiranya anda ragu-ragu terhadap keadaan persekitaran dalam rumah tersebut. Bolehlah mendapatkan ustaz untuk rujukan selajutnya. Jika tempat itu diyakini tiada najis anjing, maka tidak perlulah menyamaknya.

Sumber: Soal Jawab JAIS | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • cara samak lantai rumah
  • cara samak rumah

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.